Nasi lemak tidak sempurna tanpa sambal, timun, kacang goreng, ikan bilis dan telur rebus. Namun, terdapat pelbagai pilihan lauk nasi lemak yang boleh dimanfaatkan sebagai pelengkap.
Perpaduan rasa, tekstur dan aroma pada setiap lauk menjadikan nasi lemak semakin menggoda selera. Oleh itu, kami ingin berkongsi beberapa pilihan lauk yang boleh anda gunakan sebagai inspirasi untuk memasak. Mari kita semak senarainya!
Baca juga: 5 Jenis Nasi Lemak Popular Di Malaysia, No. 3 Tu Sangat ‘Rare’ & Pernah Viral!
SENARAI LAUK NASI LEMAK YANG MENAWAN
1. AYAM GORENG BEREMPAH

Kredit gambar: Facebook Rohana Mat Ramli
Lauk yang sederhana namun sentiasa laku dan menjadi pilihan ramai. Aroma rempah yang menyelubungi ayam yang digoreng garing, lebih enak lagi jika ditaburi dengan serdak rempah yang renyah.
2. PARU GORENG BERLADA
Paru yang digoreng garing dan disapu dengan sambal berlada pedas manis sudah pasti menggoda sesiapa yang melihat. Teksturnya yang unik dan rasa yang pekat membuatnya enak apabila dimakan dengan nasi lemak.
3. SAMBAL UDANG PETAI
Untuk pencinta petai, lauk ini adalah syurga gastronomi. Udang yang segar dimasak bersama sambal kental dan petai yang rangup. Sekali suap dengan nasi lemak, pasti sukar untuk berhenti.
4. SOTONG GORENG TEPUNG
Bagi penyuka makanan laut, sotong goreng tepung adalah pasangan sempurna untuk nasi lemak. Sotong segar yang bersalut tepung renyah, lebih lazat dengan perahan limau kasturi.
5. SAMBAL KERANG

Kredit gambar: Facebook Uya Masbah
Kerang segar yang dimasak dengan sambal pekat adalah hidangan klasik yang tak pernah mengecewakan. Rasa manis kerang bergabung dengan pedas sambal, sangat mantap.
6. RENDANG
Baik rendang ayam, daging atau telur, lauk ini adalah juara apabila dihidangkan bersama nasi lemak. Rasanya kaya dengan rempah dan santan pekat, sangat sesuai untuk majlis istimewa.
7. SAMBAL SOTONG
Berbeza dari goreng tepung, sambal sotong lebih berkuah dan pedas. Namun, kuah pedas manis itulah yang menjadikan nasi lemak habis dilahap.
8. AYAM
PERCIK
Apabila anda menikmati nasi lemak di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, pasti anda akan menemukan hidangan ini. Ayam yang dipanggang dengan sos percik, aromanya sangat menggiurkan.
9. SAMBAL IKAN AYA ATAU TONGKOL
Selain daripada ayam percik, sambal ikan aya atau tongkol juga merupakan pilihan yang popular di negeri-n Negeri Pantai Timur. Rasanya pedas dengan sedikit asam, sangat sesuai dinikmati pada waktu pagi.
10. KARI AYAM.
Jika anda inginkan versi yang lebih berkuah, kari ayam pekat yang berempah adalah pilihan yang paling ideal. Sesuai bagi mereka yang gemar membanjiri nasi lemak dengan kuah.
Mulai Ogos hingga September ini, MyResipi sedang menganjurkan kempen Makan Sini Best untuk mempromosikan nasi lemak terbaik di sekitar Lembah Klang. Pilihan dari rakyat, bukan pengkritik.
Calonkan dan undi nasi lemak kegemaran anda di www.myresipi.com/makansinibest dan saksikan siapa yang akan diisytiharkan sebagai juara nasi lemak pilihan rakyat.
Jangan lupa untuk hadir ke acara kemuncak pada 25 September 2025 dan jadilah antara 100 pengunjung terawal yang berpeluang menikmati nasi lemak percuma serta produk tajaan eksklusif!
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: Facebook Rajeswarhy Murugan & Norlela Abdullah
Sumber: SAYS
Baca juga: Makan Sini Best: Calonkan Nasi Lemak Kegemaran Anda & Menangi Hadiah Eksklusif!