Hari Ibu semakin menghampiri, tetapi masih buntu mencari hadiah Hari Ibu yang tepat untuk ibu tercinta? Kadang-kadang, ibu kita tidak memerlukan barang yang mahal pun. Cukup dengan sesuatu yang boleh memudahkan tugas harian dan membuatnya merasa dihargai.
Daripada memberikan bunga yang mudah layu, mengapa tidak menghadiahkan sesuatu yang lebih berfungsi dan boleh digunakan setiap hari? Di era ini, terdapat pelbagai perkakas elektrik dapur yang bukan sahaja canggih, tetapi juga mampu menjimatkan masa dan tenaga ibu di dapur atau dalam urusan rumah tangga.
Pada kali ini, mari kami kongsikan 10 pilihan perkakas elektrik dapur moden yang pasti disukai oleh ibu-ibu. Sesuai untuk dibeli untuk ibu sendiri, ibu mentua atau ibu angkat. Jom lihat mana satu yang menarik perhatian!
Baca juga: 15 Idea Kek Sempena Hari Ibu, Semuanya Nampak Sedap & Klasik Untuk Mengembirakan Ibu!
10 IDEA PERKAKAS ELEKTRIK DAPUR UNTUK HADIAH HARI IBU
1. Pengukus Elektrik
Pengukus elektrik ini sangat berguna untuk ibu-ibu yang gemar memasak secara sihat. Tidak perlu lagi bersusah payah dengan dapur gas, hanya letakkan makanan dalam pengukus dan tekan butang. Sangat sesuai untuk mengukus dim sum, kuih, ikan dan lain-lain.
2. Multicooker (Pressure Cooker + Slow Cooker)
Multicooker ini menggabungkan dua fungsi iaitu pressure cooker yang cepat dan slow cooker yang perlahan. Ibu-ibu boleh memasak pelbagai hidangan, daripada rendang hingga sup. Kesemua dalam satu alat sahaja. Mudah, cepat dan enak!
3. Dapur Elektrik
Dapur elektrik ini amat berguna, terutama jika gas habis secara tiba-tiba! Tidak perlu risau tentang dapur gas, hanya perlu sambungkan plug dan masak seperti biasa. Ia mudah dan selamat digunakan kerana dilengkapi dengan kawalan suhu.
4. Air Fryer Oven
Apa perbezaan antara air fryer oven dengan air fryer biasa? Dari segi reka bentuk, air fryer oven ini dilengkapi dengan tray oven. Manakala, air fryer biasa mempunyai bakul yang boleh ditarik keluar.
Air fryer oven ini juga memiliki fungsi yang sama seperti oven iaitu boleh membakar kek, memanggang ayam dan pelbagai makanan lain.
5. Thermomix
Thermomix adalah alat canggih yang mempunyai pelbagai fungsi. Boleh mengisar, memasak, mengukus dan membuat sup semuanya dalam satu masa!
Ibu-ibu yang gemar memasak, ini adalah alat yang dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga. Semua kerja dapur boleh diselesaikan dengan cepat dan mudah, tanpa perlu banyak perkakas lain.
6. Pengisar Serbaguna
Pengisar serbaguna ini bukan hanya untuk membuat smoothie, tetapi boleh juga mengisar sup, sambal, bahkan adunan kek! Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang suka memasak pelbagai jenis hidangan.
7. Pencincang Makanan (Food Processor)
Food processor ini amat berguna bila ibu-ibu ingin memotong, mencincang atau mengisar bahan makanan dengan cepat. Tidak perlu lagi memotong secara manual, semuanya boleh siap dalam sekelip mata.
8. Mesin Kopi
Bagi ibu-ibu yang suka minum kopi pada waktu pagi, mesin kopi automatik ini adalah perkara yang wajib ada. Tiada lagi perlu ke kafe, membuat kopi sendiri di rumah jadi lebih mudah dan cepat.
9. Peti Beku Berdiri (Upright Freezer)
Peti beku berdiri ini tidak mengambil banyak ruang dan mudah untuk mengeluarkan barang kerana reka bentuknya yang lebih tersusun. Sangat sesuai untuk rumah kecil yang memerlukan ruang penyimpanan tambahan tanpa mengambil banyak ruang.
10. Mesin Basuh Pinggan (Dishwasher)
Jika menghadiahkan mesin pinggan ini, pasti anda akan jadi anak kesayangan ibu! Mesin basuh pinggan ini akan melakukan kerja untuk anda. Cuma masukkan pinggan, tekan butang dan biarkan ia mencuci sendiri.
Sumber: Dapur Mangkaak
Baca juga: ‘Biggest Cake Picnic’ Akan Diadakan Di KL, Lebih 500 Kek Menanti ‘Dessert Lover’!