Durian dikenali sebagai raja buah yang cukup terkenal dengan aromanya yang kuat. Setelah membawa durian pulang dalam kereta, anda boleh mencuba petua untuk menghilangkan bau durian dalam kereta ini.
Bau durian yang terperangkap dalam kereta bukan sahaja mengganggu, tetapi juga boleh menyebabkan rasa pening dan loya. Walaupun telah disembur dengan pewangi, bau durian tetap sukar untuk dihilangkan.
Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan bau durian dalam kereta bersama dengan petua yang boleh anda cuba sendiri di rumah menggunakan barang-barang yang ada di dapur. Mari kita lihat!
Baca juga: Cara Membersihkan Udang Supaya Kekal Segar & Tidak Lemah, Bau Hanyir Pun Segera Hilang!
CARA MENGHILANGKAN BAU DURIAN DALAM KERETA
1. Tangkai durian.

Kredit gambar: Facebook Hera Nanda
Setelah menikmati durian, jangan terus buang semua bahagiannya. Tangkai durian sebenarnya dapat digunakan untuk menyerap aroma yang kuat itu.
Cara-caranya:
- Ambil 2 hingga 3 tangkai durian.
- Belah sedikit hujungnya untuk mengeluarkan aroma di dalamnya.
- Kemudian, selitkan pada lubang penghawa dingin kereta.
- Biarkan selama beberapa hari dan bau durian akan semakin pudar dan akhirnya lenyap.
2. Serbuk kopi.

Kredit gambar: freepik dari Freepik
Siapa sangka, serbuk kopi juga boleh jadi penyelamat? Selain aromanya yang menyenangkan, kopi berfungsi sebagai penyerap bau yang semulajadi.
Cara-caranya:
- Ambil sedikit serbuk kopi.
- Balut dalam kain kasa atau saputangan, dan letakkan dalam kereta semalaman.
- Jika terdapat uncang kopi instant, anda boleh juga menggantung satu atau dua uncang di dalam kereta.
3. Roti putih.

Kredit gambar: Facebook Shafiie Ahdor
Ramai tidak menyedari, roti putih seperti Gardenia sebenarnya boleh menyerap bau dalam ruang yang tertutup. Petua ini mungkin terdengar aneh, tetapi hasilnya sangat mengagumkan.
Cara-cara yang perlu dilakukan:
- Ambil beberapa keping roti putih.
- Koyakkan kepada beberapa kepingan kecil.
- Letakkan di beberapa lokasi dalam kereta seperti bawah kerusi, di atas dashboard atau di bahagian bonet.
- Biarkan semalaman dan keesokan harinya bau durian pasti akan berkurang dengan ketara.
Semoga informasi ini berguna!
Kredit gambar muka depan: Facebook Ume Abdullah, Facebook Shafiie Ahdor
Sumber: Sinar Harian
Baca juga: Tips Menyimpan Cili Dalam Botol Yang Jarang Diketahui, 8 Bulan Pun Masih Segar!