Pernahkah anda mengalami situasi di mana selepas membeli kacang tanah, begitu membuka bungkusan terus terhidu aroma yang tidak menyenangkan? Ya, ini merupakan masalah kacang tanah yang berbau tengik, sering terjadi jika disimpan untuk jangka waktu yang panjang atau tidak dengan cara yang betul.
Aroma tengik ini bukan sahaja menjadikan rasa kacang tanah tidak lazat, tetapi mampu merosakkan keseluruhan hidangan sekiranya digunakan dalam masakan. Sebenarnya, terdapat beberapa langkah mudah yang dapat membantu mencegah kacang tanah dari menjadi tengik.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi beberapa tips yang mudah untuk menghilangkan bau tengik pada kacang tanah. Dari cara memilih kacang yang segar hingga teknik penyimpanan yang tepat. Jom baca dengan lebih lanjut!
Baca juga: Tip Menyimpan Santan Agar Sentiasa Segar & Tidak Beku Keras Dalam Peti, Balut Dengan ‘Ini’!
5 LANGKAH MUDAH UNTUK MENCEGAH KACANG TANAH DARI BAU TENGIK
1. Pilih kacang tanah yang tidak kering dan layu
Hindari pembelian kacang yang kelihatan kecut, berkerut atau terlalu ringan, kerana itu adalah petanda bahawa ia telah lama disimpan. Pastikan untuk memilih kacang yang segar kerana ia lebih tahan lama.
2. Simpan kacang tanah tidak melebihi 3 bulan
Gunakan dalam masa tiga bulan untuk mengekalkan rasa dan aroma kacang yang enak. Minyak dalam kacang boleh bertukar tengik jika disimpan terlalu lama.
3. Simpan dalam bekas yang kedap udara
Menyimpan kacang dalam bekas kedap udara akan mencegah ia terdedah kepada udara lembap atau bau lain, yang boleh mempercepatkan proses tengik.
4. Simpan kacang tanah di dalam peti sejuk
Suhu sejuk membantu memperlahankan kerosakan minyak dalam kacang. Simpan kacang dalam bekas kedap sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk ketahanan yang lebih lama.
5. Keringkan kacang tanah menggunakan oven
Jika kacang sudah mula mengeluarkan bau, bakar seketika dalam oven pada suhu rendah untuk mengeringkan minyak dan menghilangkan bau tengik. Kacang juga akan menjadi lebih rangup!
Sumber: Cangcomak
Baca juga: Letakkan Daun ‘Ini’ Dalam Bekas Beras, Pasti Bebas Kutu & Beras Menjadi Wangi!