Apabila kita berbincang tentang lokasi luar negara yang ramah Muslim, kita tidak hanya memikirkan tempat menarik untuk bergambar atau menjalani pengalaman berbeza, tetapi lebih kepada aspek penting seperti makanan dan kemudahan untuk beribadah! Namun, anda tidak perlu bimbang, kini banyak negara luar semakin bersahabat dengan keperluan Muslim.
Jadi, tiada alasan untuk risau mencari nasi, mi, atau ayam goreng semasa bercuti.
Artikel berkaitan : 7 ‘Comfort Food’ Bila Travel Luar Negara, Ubat Rindu Bila Jauh Dari Rumah
Dengan pertumbuhan dalam sektor pelancongan halal, lebih banyak tempat luar negara yang ramah Muslim muncul di dalam peta pelancongan global.
Berikut merupakan senarai lokasi luar negara yang mesra Muslim yang perlu anda pertimbangkan.
1. Turki – Destinasi Luar Negara Berkaitan Muslim Penuh Sejarah & Kebab Halal

Masjid Biru di Istanbul, Turki
Turki sememangnya salah satu lokasi yang wajib dilawati bagi pelancong Muslim.
Mahukan sejarah? Istanbul ada masjid agung seperti Hagia Sophia dan Masjid Biru.
Mahu pemandangan? Cappadocia menawarkan keindahan belon panas yang terkenal.
Mengenai makanan, tidak perlu bimbang kerana hampir semuanya adalah halal!
Kebab, pide, baklava, sup lentil… pasti memuaskan selera anda sehingga lupa pada jet lag.
Kemudahan untuk solat juga mudah didapati dengan masjid terdapat di hampir setiap penjuru.
2. Indonesia – Negara Serumpun yang Ramah Muslim dan Menggiurkan
Anda tidak perlu pergi jauh, jiran kita ini adalah syurga hidangan halal.
Dari Bali ke Bandung, pilihan makanan yang memenuhi citarasa kita, seperti sambal, sate, dan nasi padang tersedia di mana-mana.
Tempat untuk bersolat juga mudah dijumpai, terutama di kawasan tumpuan pelancong.
Dengan penduduk yang mesra serta suasana hampir sama seperti Malaysia, Indonesia adalah sempurna bagi mereka yang ingin menikmati ketenangan tanpa kejutan budaya.
3. Jepun – Perjalanan Halal Semakin Mudah di Negara Matahari Terbit
Jepun dikenali dengan disiplin, kebersihan, serta keindahan alam dan budayanya.
Dahulu mungkin agak sukar untuk…
Untuk mencari makanan halal, tetapi kini situasi telah berubah.
Di bandar-bandar besar seperti Tokyo, Osaka dan Kyoto, jumlah restoran halal semakin meningkat, lengkap dengan label dan sijil halal yang sah.
Ingin menikmati ramen halal, sushi tanpa alkohol, wagyu halal, atau pencuci mulut Jepun? Kini semua itu tidak lagi menjadi masalah.
Banyak lokasi pelancongan juga menyediakan ruang ibadah atau informasi waktu solat untuk pelawat Muslim.
Jepun juga sangat menghargai pelancong dengan layanan staf yang sopan, lengkap dengan tunduk!
Oleh itu, walaupun budaya sedikit berbeza, suasana tetap memberikan ketenangan jiwa.
4. UAE – Pengembaraan Halal di Negara Mewah dan Islam
Jika anda inginkan pengalaman mewah dalam suasana Islam, UAE memang tempat yang tepat.
Dubai dan Abu Dhabi menawarkan kombinasi bangunan moden, pantai eksklusif dan budaya Timur Tengah yang kaya.
Ingin menaiki unta, menyertai safari padang pasir, atau membeli emas di pasar lama? Semua itu boleh dilakukan!
Mengenai makanan, anda tidak perlu risau kerana semuanya halal, dengan pelbagai pilihan dari Timur Tengah, Asia hingga Barat.
Masjid juga indah dan besar. Sheikh Zayed Grand Mosque adalah antara yang paling menakjubkan.
Setiap pusat membeli-belah besar dilengkapi surau dan kemudahan untuk Muslim.
Secara ringkas, anda boleh melancong tanpa perlu mengubah rutin harian, malah mungkin lebih terinsipirasi oleh gaya hidup Islam moden mereka.
5. Bosnia – Eropah Timur Mesra Muslim untuk Percutian Santai
Ingin merasakan udara Eropah tetapi dalam persekitaran yang memahami keperluan Muslim?
Bosnia adalah pilihan yang ideal. Negara ini unik dengan percampuran Eropah Timur dan budaya Islam yang berakar dari zaman Uthmaniyyah.
Di Sarajevo, anda dapat melihat masjid bersejarah, jalan batu klasik dan pasar tradisional yang meriah.
Makanan halal sangat mudah dijumpai kerana penduduknya yang majoritinya Muslim.
Antara yang wajib dicuba: cevapi (seperti kebab kecil), burek (pastri daging/keju) dan kopi Bosnia yang kuat.
Penduduknya juga ramah dan suka menyambut pelancong dari negara Muslim.
Bosnia mungkin tidak semewah Paris atau London, tetapi ia memiliki jiwa yang membuat kita merasa tenang.
6. Taiwan – Destinasi Halal dan Bersih untuk Pelancong Muslim

Taiwan semakin
dikenali di kalangan pelancong Muslim khususnya yang mencari tempat yang selamat, modern dan damai.
Taipei, Kaohsiung dan Taichung kini telah memperkenalkan banyak restoran halal, aplikasi pencari makanan halal dan ruang solat di lokasi pelancongan.
Jika anda termasuk dalam golongan yang gemar menjelajah pada waktu malam, Taiwan terkenal dengan makanan jalanannya dan kini tersedia versi halal untuk mi daging lembu, ayam goreng, mi goreng serta pencuci mulut tempatan.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba bubble tea tanpa gelatin atau alkohol!
Negara ini juga sangat bersih, sistem pengangkutan awamnya efisien dan penduduknya ramah serta suka menolong.
Sangat sesuai untuk pelancong Muslim yang ingin merasai suasana baru tetapi tetap berasa selesa.
Melancong tidak semestinya memerlukan anda mengorbankan keperluan agama.
Dengan lebih banyak negara yang kini terbuka dan bersedia menyambut pelancong Muslim, anda dapat menikmati pengalaman baru sambil mengekalkan gaya hidup yang tenang dan diberkati.
Apa pun pilihan anda, dari warisan Turki, ke kemodenan Dubai atau budaya Jepun, pastikan satu perkara: perut penuh, hati gembira.
Selamat merancang dan selamat bercuti!
REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang dicipta khas bagi membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh keyakinan.
Ini adalah inisiatif menyeluruh yang menawarkan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, petua perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.
Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.