7 Trik Jitu Menemukan Makanan Halal dan Terjangkau Saat Bepergian ke Luar Negeri


cara mencari makanan halal

Betapa menyenangkannya berkunjung ke luar negara dengan bajet yang mesra dompet. Tidak perlu khawatir mengenai makanan dan minuman di sana, anda dapat menggunakan panduan mencari makanan halal dan berpatutan di luar negara ini.

Salah satu isu ketika melancong ke luar negara, terutamanya ke negara bukan Islam, adalah mencari makanan yang halal. Kadang-kadang labelnya tidak jelas, ada juga yang langsung tidak memberikan informasi mengenai status halal makanan tertentu.

Pada kali ini, kami ingin berkongsi beberapa panduan dalam menemukan makanan halal dan berpatutan di luar negara. Setiap kali anda bercadang untuk berkunjung ke negara asing, bolehlah ambil kesempatan menggunakan petua ini agar lebih berkeyakinan.

Baca juga: 9 Makanan Cepat Saji Yang Wajib Di Bawa Ketika Mengembara, Yang Paling Terakhir Tu Memang Berguna!

7 CARA MENEMUI MAKANAN HALAL DAN BERPATUTAN DI LUAR NEGARA

1. Kenali simbol halal di luar negara yang diakui oleh JAKIM.

cara mencari makanan halal

Kredit gambar: Uniti Halal Centre

Untuk memudahkan anda menikmati hidangan yang tepat pada masanya, mulai pencarian restoran halal di Google. Jika ada sijil halal, besar kemungkinan menu yang tersedia boleh dinikmati tanpa ragu.

Namun, perlu diingat bahawa simbol halal berbeza mengikut negara. Oleh itu, pastikan anda melakukan semakan terlebih dahulu secara dalam talian. Setakat ini, JAKIM telah mengesahkan 85 simbol halal daripada seluruh dunia.

2. Pelajari istilah ringkas mengenai bahan makanan dalam bahasa setempat.

Sebelum membeli atau memesan makanan di luar negara, pastinya kita ingin mengetahui apakah kandungan dalam makanan itu halal atau sebaliknya.

Oleh sebab itu, adalah penting untuk mengetahui terminologi tempatan untuk bahan-bahan yang haram seperti daging babi atau arak. Sekurang-kurangnya apabila terlihat nama tersebut dalam menu, anda dapat lebih berwaspada.

3. Cari restoran yang menyajikan makanan yang mesra Muslim.

cara mencari makanan halal

Kredit gambar: stockking dari Freepik

Sesekali pasti ingin merasai pengalaman makan di restoran ketika melancong di luar negara. Oleh itu, anda boleh memilih restoran makanan laut, timur tengah atau vegetarian.

Makanan laut seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya adalah halal untuk dinikmati. Pilihlah menu yang paling sederhana yang dimasak secara kukus atau…

rebus sebab biasanya lebih ekonomi.

Namun, anda tetap perlu berhati-hati dan berusaha untuk bertanya kepada staf restoran sama ada bahan-bahan mengandungi alkohol, wain atau lemak haiwan.

4. Masak sendiri atau bawa bekalan makanan segera dari Malaysia.

Kredit gambar: Facebook Khairul Abdullah

Jika ingin mengembara dengan lebih tenang tanpa risau tentang makanan di luar negara, bawa sahaja pek makanan sedia dimakan. Kini mudah untuk dapatkannya, tambahan pula ia tahan lama dan menjimatkan bajet anda.

Bukan hanya mi segera, kini terdapat banyak pilihan makanan siap seperti nasi dengan lauk yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasak. Jika anda tidak suka makanan pek, memasak sendiri juga merupakan pilihan yang selamat dan terjamin.

5. Cari pasar raya dan makan buah sebagai alas perut.

Pasar raya kini mudah ditemui di hampir setiap lokasi, termasuk di luar negara. Apabila perut mula berasa lapar dan belum jumpa restoran halal, pasar raya boleh menjadi pilihan terbaik.

Di sini, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan yang diingini. Namun, jangan lupakan untuk memeriksa bahan-bahan yang tertera pada label pembungkusan untuk memastikan kesahihan halal.

6. Cari masjid; pastinya terdapat restoran halal di sekitar kawasan itu.

Kredit gambar: jcomp dari Freepik

Masjid adalah destinasi yang banyak dikunjungi oleh pelancong Muslim ketika berada di luar negara. Lazimnya, di sekitar masjid terdapat komuniti Islam dan pastinya ada gerai halal yang disediakan.

Jika tidak menemui restoran halal, semasa di masjid, anda boleh bertanya kepada beberapa orang Muslim selepas solat. Jika ada rezeki, anda mungkin akan diundang untuk singgah dan menikmati hidangan secara percuma di rumah mereka.

7. Kumpulkan maklumat mengenai restoran halal yang terdapat di lokasi yang dituju.

Sebelum berlepas, perkara paling asas adalah mengumpulkan maklumat dari pelbagai sumber, termasuk rakan-rakan yang pernah berpengalaman agar tidak tersesat nanti.

Juga banyak ulasan di media sosial mengenai restoran halal dan murah di lokasi yang ingin dikunjungi. Oleh itu, rajinkan diri untuk meneliti TikTok atau menonton video perjalanan di YouTube.

Ketika tiba di luar negara, jangan segan untuk bertanya. Dengan cara ini, mencari makanan halal di luar negara akan menjadikan percutian anda sekeluarga lebih lancar dan selesa.

Semoga informasi ini bermanfaat!

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, satu kempen yang direka khusus untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh keyakinan.

Ia merupakan inisiatif komprehensif yang menyediakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Untuk maklumat lanjut, layari www.myresipi.com/halaltravelmy.

 

Kredit gambar muka depan: freepik, stockking dari Freepik

Sumber: myhalalxplorer.com

Baca juga: Resepi Sarapan Oatmeal, Sup & Wrap Yang Jimat Ketika Travel, Semua Mesra Poket!



Source link

Scroll to Top