Apabila melihat banyak sisa nasi, pasti terlintas untuk menyiapkan nasi goreng di rumah. Jika demikian, anda harus mencuba resepi Nasi Goreng Cina yang sangat lazat ini.
Nasi Goreng Cina merupakan salah satu hidangan nasi goreng yang terkenal di Malaysia dan mudah di dapati di kedai dan restoran Melayu dan Cina.
Ramai yang tidak menyedari bahawa Nasi Goreng Cina pada asalnya ditulis sebagai ‘Nasi Goreng CiNA’ di mana ‘CiNA’ bermaksud ‘Cili Not Available’.
Disebabkan ia tidak mengandungi cili langsung, Nasi Goreng Cina sering menjadi pilihan terutamanya bagi ibu-ibu yang anak-anaknya tidak begitu gemar pedas.
Kami amat tertarik dengan perkongsian resepi Nasi Goreng Cina oleh Har Ryea di Facebook kerana hasilnya benar-benar menggugah selera sesiapa pun. Jom kita cuba!
Baca juga: Antara Manfaat Minyak Bijan Untuk Memasak, Boleh Menjadikan Nasi Goreng Lebih Enak
RESEPI NASI GORENG CINA
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Pertama sekali, panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit garing.
2. Selepas itu, masukkan udang dan biarkan ia masak sebentar.
3. Kemudian, ketepikan udang dan masukkan telur. Kecilkan api sedikit untuk memastikan telur masak dengan baik, lalu pecahkan telur tersebut.
4. Masukkan nasi dan sayur campur, kemudian gaul rata.
5. Selanjutnya, taburkan Maggi cukup rasa dan gaul sekejap.
6. Selepas itu, tambahkan minyak bijan dan kacau semula.
7. Akhir sekali, rasa dan jika perlu, tambah lebih serbuk Maggi cukup rasa atau minyak bijan mengikut citarasa masing-masing. Siap untuk dihidangkan!
Bahan-bahan dalam resepi Nasi Goreng Cina adalah bergantung kepada jumlah nasi yang digunakan. Jika menggunakan nasi dalam jumlah yang lebih banyak, gandakan bahan tersebut.
Selamat mencuba!
Sumber: Har Ryea
Baca juga: Nasi Goreng Udang Kahwin, Resipi Berbeza Yang Perlu Anda Cuba, Pasti Sedap!