Mari kita belajar cara membuat donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang mirip dengan kapas menjadikannya snek pilihan ramai tidak kira usia.
Tambahan pula, donut ini pasti membuatkan anda tidak puas dengan hanya satu. Selesaikan 10 biji baru merasa kenyang!
Bagi yang berminat untuk mencuba, lihat resipi lengkap yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook di bawah.
Baca juga: Cara Menyediakan Donut Frozen Gebu & Lembut, Boleh Goreng Pada Bila-Bila Masa
RESEPI DONUT LEMBUT SEPERTI KAPAS
Bahan-bahan:
- 250g tepung protein tinggi
- 2 sudu besar gula halus
- 2 sudu besar susu serbuk
- 4g yis
- 1/2 camca teh garam
- 5g krim super
- 35g marjerin
- Air sejuk dari peti ais + 1 biji kuning telur (jumlahkan kepada 130g – 140g)
Cara membuat Donut Gebu:
- Gabungkan semua bahan dan uli menggunakan mesin pembuat roti (BM) atau mixer. Yang paling penting, uli adunan hingga elastik.
- Setelah adunan selesai diuli, bentuk menjadi bulat (rounding).
- Setelah selesai membulat, rehatkan adunan selama lebih kurang 10 minit.
- Seterusnya, pipihkan sedikit adunan dan buat lubang di tengah menggunakan belakang nozel atau penutup botol.
- Perap selama 45 minit hingga 1 jam sehingga donut mengembang dan ringan (bergantung kepada suhu sekitar dan kadar yis yang digunakan).
- Goreng pada api perlahan sahaja. Balikkan donut hanya sekali pada setiap sisi agar tidak menyerap minyak.
- Adunan ini menghasilkan lebih kurang 15 biji donut, dengan setiap adunan seberat 30g.
Nota: Ukuran sudu adalah menggunakan sudu metrik.
Sumber: Meq Sue Sirak
Baca juga: Asyik-Asyik Donut Bulat, Mari Cuba Donut Bantal Yang ‘Crunchy’ & Berongga Ini