Apabila terdapat waktu lapang di rumah, para ibu boleh mencuba resipi popia cheese ini kerana metodologi pembuatannya amatlah mudah dan ringkas.
Ramai yang berpendapat popia ini jika dibeli dari luar, harganya boleh menjangkau sehingga RM25. Jadi, mengapa tidak kita mencuba resepi yang telah dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.
Selain itu, jika disediakan sendiri lebih menjimatkan berbanding membelinya. Sediakan dalam kuantiti yang banyak untuk dijadikan kudapan saat menonton televisyen. Jom kita cuba!
Baca juga: Panduan Buat Popia Sira Sambal Rangup, Pastikan Letak 1 Bahan Ini Agar Permukaan Berkilat!
RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN
Bahan-bahan:
- 1 pek kulit popia
- 5 sudu besar serbuk keju
- 2 sudu besar gula kastor
- 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)
Cara-cara:
- Potong kulit popia mengikut ukuran yang diinginkan dan goreng hingga garing.
- Dalam blender, gabungkan serbuk keju, gula kastor, dan serbuk cili. Kisar hingga halus.
- Masukkan kulit popia yang telah diserap minyaknya ke dalam bekas kedap udara.
- Tuangkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.
- Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju menyelaputi seluruh permukaan popia secara merata.
- Siap dan bersedia untuk dinikmati!
Kredit resipi dan gambar: Haslina Hamid
Baca juga: Petua Popia Tidak Berminyak & Tetap Rangup Selepas Digoreng, Ini Rahsianya!