Kek batik adalah pencuci mulut yang selalu menjadi pilihan ramai kerana kemudahan penyediaannya dan keenakannya. Namun, sudahkah anda mencuba resipi kek batik Magnum?
Resipi ini cukup berbeza dari kek batik yang biasa, kerana ia dilapisi coklat seperti aiskrim Magnum. Pasti memikat sesiapa sahaja!
Proses penyediaannya juga tidak sulit, hanya ada beberapa langkah tambahan. Walau bagaimanapun, hasil akhirnya sangat memuaskan! Jom semak resipi lengkap di bawah.
Jangan lepaskan: Resipi Kek Coklat Mousse, Tekstur Lembut & Creamy Seperti Makan Aiskrim!
CARA MENYEDIAKAN KEK BATIK MAGNUM
Bahan A:
- 5 biji telur (gred A)
- 30g serbuk koko
- 100g Milo
- 125g mentega
- 80g gula kastor
- 100g tepung gandum
- 200g susu pekat manis
- 1/4 tsp garam halus
- 1 tsp serbuk vanila
Bahan B:
Bahan coklat Magnum:
- 100g badam cincang (disangai)
- 300g dark coklat Callebaut
Cara penyediaan:
- Gabungkan semua bahan A dalam pengisar dan kisar hingga rata.
- Setelah itu, tuangkan adunan ke dalam kuali dan masak hingga adunan mengental.
- Seterusnya, masukkan bahan B dan kacau hingga semua biskut terbalut dengan adunan.
- Tuangkan adunan kek ke dalam loyang berukuran 8 inci yang telah dialas dengan plastik.
- Ratakan adunan kek dan tekan sedikit. Simpan di dalam peti sejuk selama kira-kira 1 jam.
Cara menyediakan coklat Magnum & melapisi:
- Seterusnya, sangai badam cincang sehingga berwarna keemasan. Ketepikan.
- Panaskan kuali dan cairkan coklat.
- Masukkan badam yang telah disangai ke dalam coklat cair dan kacau hingga sebati.
- Potong kek batik mengikut saiz yang diinginkan.
- Pada akhir, gaulkan atau lapisi kek batik dengan coklat Magnum yang telah disediakan.
Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Resepi Masakan Ibu Ibu Comel
Jangan terlupa: Kek Coklat Moist Tanpa Tepung Gandum, Resipi ‘Gluten-Free’ Ini Pasti Jadi Kegemaran Ramai!