“Kuah Asam Pedas Ikan Jenahak: Rahsia Cita Rasa yang Pekat dan Menggoda!”


asam pedas ikan jenahak

Seorang pengguna Facebook, Nurhayati Maleq, telah berkongsi satu resipi asam pedas ikan jenahak yang istimewa dan menarik.

Dia mendedahkan bahawa dia pernah menyaksikan seorang chef menambahkan satu ‘bahan istimewa’ kedalam asam pedas untuk menghasilkan kuah yang lebih berlemak dan pekat dari segi rasa.

Nurhayati pun mencuba kaedah dari chef tersebut dan hasilnya ternyata sangat enak! Jadi, jika anda ingin mengetahui apa bahan itu, mari kita semak resipi lengkap di bawah.

Baca juga: Rahsia Asam Pedas Asli Melaka Yang ‘Pekat Likat’, Ini Barulah Padu!

RESIPI ASAM PEDAS IKAN JENAHAK

asam pedas ikan jenahak

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan jenahak
  • 1-2 kuntum bunga kantan dibelah 2
  • 4-5 helai daun limau purut (buang urat)
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 1 genggam asam gelugor
  • Air yang mencukupi
  • 1 kiub ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Perasa cendawan

Bahan kisar:

  • 3 senduk cili kisar
  • 2 biji bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • ½ inci lengkuas
  • 1½ kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 inci belacan bakar
  • 5 biji buah keras (bahan rahsia)

Cara memasak:

  1. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi. Jangan lupa untuk menambah buah keras (ini membantu menjadikan kuah lebih pekat dan berlemak).
  2. Setelah terbit bau dan minyak pecah, masukkan air, asam jawa, dan asam gelugor. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
  3. Begitu mendidih, masukkan ikan jenahak, bunga kantan dan daun limau purut.
  4. Biarkan ikan mendidih sekali lagi atau sehingga masak. Kemudian, tambahkan kiub ikan bilis, tomato dan perasakan dengan garam serta perasa cendawan.
  5. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan!

Tips: Nama pun asam pedas, jadi masakan ini harus mempunyai rasa masam dan pedas. Jangan ragu untuk menambah asam jawa ataupun asam gelugor dalam kuantiti yang banyak.

Kredit resipi: Nurhayati Maleq

Baca juga: Resipi Asam Pedas Tanpa Daun Kesum & Bunga Kantan, Namun Tetap Sedap dan Cukup Rasa



Sumber pautan

Scroll to Top