Ayam Tender Budget: Resepi Mudah Tanpa Banyak Bahan!


resepi chicken tenders

Resepi chicken tenders ini memang senang! Tak perlu banyak bahan, hanya beberapa bahan asas sahaja sudah boleh menghasilkan chicken tenders yang lazat.

Hidangan ini telah menjadi tular di media sosial baru-baru ini dan ramai yang teruja untuk mencubanya! Terdapat juga individu yang sanggup pergi jauh ke Singapura semata-mata untuk merasai hidangan ini.

Namun kini, anda tidak perlu lagi pergi jauh, dengan resipi mudah ini, anda boleh menyediakan sendiri di rumah! Yang paling penting, hasil buatan sendiri lebih enak daripada beli dan pastinya lebih memuaskan.

Baca juga: Resipi Roti Sardin Mini Rangup, Tak Serap Minyak Ketika Menggoreng!

RESEPI CHICKEN TENDERS VERSI BAJET

resepi chicken tenders

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-cara penyediannya:

  1. Salutkan daging ayam dengan tepung beras dan tepung bestari.
  2. Seterusnya, goreng daging ayam itu dalam minyak panas sehingga menjadi garing.
  3. Apabila sudah garing, angkat dan ketepikan.
  4. Dalam periuk, gabungkan butter, madu dan sos cili.
  5. Masak ketiga-tiga bahan ini hingga sebati.
  6. Tutup api dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
  7. Gaul sehingga semua sos melapisi ayam dengan rata.
  8. Angkat dan susunkan di atas pinggan.

Bahan sos bawang putih:

  • Mayonis
  • Bawang putih
  • Herba campuran

Cara membuat sos bawang putih:

  1. Gabungkan ketiga-tiga bahan di atas hingga rata.
  2. Sedia untuk dijadikan pencicah bagi chicken tenders tersebut.
  3. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Cikgu Tengku Faris

Baca juga: Buat Sendiri Nachos Loaded Cheese Tular, Tak Perlu Beratur Panjang!



Source link

Scroll to Top