Ingin menikmati hidangan lauk yang serupa dengan yang terdapat di kedai makan Thai tetapi tiada masa? Jangan risau, anda kini boleh menyediakan sendiri di rumah menerusi resipi Sotong Kukus Limau ini.
Sotong Kukus Limau, yang juga dikenali sebagai sotong masak stim, sering kali menjadi pilihan utama di kedai makan Thai. Rasa masam dan pedasnya amat menggoda selera.
Irene Raihan telah berkongsi langkah-langkah penyediaan resipi yang sedap ini di Facebook, lengkap dengan panduan langkah demi langkah yang sangat mudah. Mari kita cuba!
Baca juga: Sotong Bakar Sambal Seperti di Restoran Seafood, Pasti Membuatkan Anda Teruja!
RESIPI SOTONG KUKUS LIMAU
Bahan-bahan untuk sotong:
- Sotong
- Cabai Melaka merah dan hijau
- Sos ikan
- Limau nipis
- Daun ketumbar (termasuk akar)
- Gula
- Bawang putih
- Lengkuas
- Daun pudina
- Serai
Bahan-bahan untuk sos:
- 1 sudu besar gula
- 3 sudu besar air limau
- 1½ sos ikan
- 1 ulas bawang putih
- Cabai Melaka (dipotong)
Cara-cara penyediaan:
1. Pertama sekali, bersihkan sotong dengan teliti.
2. Kemudian, potong sotong seperti dalam gambar, tetapi jangan sampai terputus.
3. Seterusnya, susun sotong dalam bekas kukusan.
4. Tambahkan lengkuas, serai (yang telah dipotong), akar ketumbar, dan sedikit bawang putih ke atas sotong.
5. Kemudian, kukus dengan api yang paling kuat. Selepas masak, buang air yang terkumpul dalam sotong.
6. Untuk membuat sos, campurkan gula, air limau, sos ikan, bawang putih dan cabai melaka lalu kacau sehingga hancur.
7. Setelah sos siap, tuang ke atas sotong yang telah dikukus.
8. Sebagai penutup, taburkan daun ketumbar dan daun pudina, serta hias dengan potongan limau nipis di atasnya. Hidangan siap untuk dinikmati!
Sotong Kukus Limau ini sangat sesuai dijadikan sebagai hidangan lauk yang sedap untuk keluarga di rumah. Ia bukan sahaja sedap dimakan bersama nasi, malah boleh dinikmati begitu sahaja.
Jika sebelum ini anda hanya memakan ayam atau ikan kukus, apakata kali ini anda mencuba dengan sotong. Sudah pasti hasilnya akan memikat selera anda!
Selamat mencuba!
Sumber: Irene Raihan
Baca juga: Sotong Goreng Tepung Rangup Tanpa Kena Tanggal, Wajib Gaul Dalam Dua Tepung ‘Ini’