Antara pelbagai jenis donat yang ada, resipi Donat Kampung adalah yang paling dicintai oleh ramai individu kerana kelezatan yang terasa tradisional tidak dapat disangkal.
Walaupun memiliki rasa yang tidak terlalu kuat, donat ini tetap sedap dinikmati dan hingga kini masih ada yang menyediakannya di rumah, terutama penduduk di kawasan desa.
Kami sangat terpesona dengan hasil daripada resipi Donat Kampung oleh Zara Wan Chek di Facebook dan tidak sabar untuk berkongsi dengan anda. Mari kita cuba!
Baca juga: Donat Pisang Paling Lembut, Wanginya Sampai Semerbak Satu Rumah
RESEPI DONAT KAMPUNG
Bahan-bahan:
- 500 gram tepung gandum
- 3 gram baking powder
- 5 gram pelembut roti (tak letak pun boleh)
- 60 gram gula halus
- Secubit garam
- 1 biji telur
- 50 gram margarin atau buttercup
- 1 paket yis mauripan
- ½ cawan santan kotak
- ½ cawan air suam yang dicampurkan yis (larutkan)
*Jika tiada santan, sukatan air suam adalah 1 cawan.
Cara-cara membuat:
1. Pertama sekali, masukkan semua bahan ke dalam satu mangkuk, kacau hingga rata dan uli sehingga menjadi elastik (lebih mudah jika menggunakan mesin uli).
2. Selepas itu, perap selama 15 minit agar doh menjadi naik (jika pakai mesin, tidak perlu perap).
3. Kemudian, tumbuk doh itu untuk mengeluarkan angin.
4. Timbangkan kepada bahagian yang sama, kemudian bulatkan.
5. Seterusnya, tekan sedikit doh itu dan lubangkan di tengahnya (saya tidak menggunakan acuan).
6. Setelah itu, tunggu doh naik dua kali ganda.
7. Selanjutnya, panaskan minyak masak dan goreng dengan api sederhana, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!
Setelah mencuba resipi Donat Kampung ini, anda pasti akan terkejut dengan hasilnya yang gebu dan lembut hingga ke petang. Sekali makan, pasti diingati sampai keesokan harinya.
Bagi melengkapkan resipi ini, anda boleh menaburkan gula di atasnya atau menambah topping coklat, strawberi atau vanilla agar Donat Kampung anda terlihat lebih menarik.
Selamat mencuba!
Sumber: Zara Wan Chek
Baca juga: Cara Buat Donat Gemuk Pakai Susu Tepung, Lembut Gebu Lain Macam!