Resepi kerepek gunting versi ini amat sesuai bagi anak-anak kerana ia tidak pedas. Selain itu, ia juga tidak keras seperti kerepek yang biasa terdapat di pasaran.
Jika ingin menambah kepedasan, anda hanya perlu menambahkan serbuk kari ikan serta serbuk cili ke dalam campuran.
Kuih ini sangat mudah disediakan kerana tidak memerlukan banyak bahan. Yang penting, ia tidak rumit sama sekali!
Bagi sesiapa yang ingin mencuba, sila rujuk resipi lengkap yang diwariskan oleh seorang pengguna Facebook bernama FaisFaezah Umar di bawah.
Baca juga: Cara Membuat Kerepek Peria Yang Rangup, Pasti Sedap Dimakan Tanpa Pahit!
RESEPI KEREPEK GUNTING TANPA PEDAS & TIDAK KERAS
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 500 gram tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu besar serbuk kari ikan
- 2 senduk sayur minyak masak (1 senduk sayur = 3 sudu besar)
- 1 sudu marjerin pelangi
- Air sejuk
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak masak bersama marjerin pelangi.
- Setelah itu, tuangkan ke dalam tepung dan gaul dengan rata.
- Potong halus daun kari dan tambahkan ke dalam campuran.
- Seterusnya, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak terlalu lembut.
- Biarkan doh seketika.
- Gaulkan doh, potong, dan sedia untuk digoreng.
Nota: Jika ingin pedas, tambahkan 2 sudu serbuk kari ikan dan 2 sudu serbuk cili.
Kredit resipi dan gambar: FaisFaezah Umar
Baca juga: Cara Membuat Kerepek Terung Rangup Untuk Snack, Anak-Anak Pasti Berebut!