Ada pelbagai resipi masak lemak ayam yang boleh dicuba. Salah satu yang menarik adalah versi tumis ini.
Umumnya, masak lemak hanya memerlukan cili padi dan kunyit hidup, namun resipi ini sedikit unik kerana termasuk bawang putih dan bawang merah.
Lebih daripada itu, bahan-bahan ini akan ditumis lebih dahulu. Ayam juga perlu digoreng sebelum dicampurkan dengan bahan lain.
Jika anda ingin merasai kelainan, jom cuba resipi masak lemak dari Puan Roha Adrinna ini. Mari lihat perkongsian lengkap beliau di bawah.
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Sedap Dari Biasa, Pasti Hari-Hari Nak Buat!
RESEPI MASAK LEMAK AYAM TUMIS
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara penyediaan:
- Permulaan, goreng ayam hingga masak. Elakkan menggoreng terlalu lama supaya ayam tetap berjus.
- Setelah ayam digoreng, angkat dan ketepikan untuk seketika.
- Kisar cili padi, cili besar merah, bawang putih, bawang merah dan kunyit hidup secara kering.
- Tumis bahan kisar bersama serai yang telah diketuk sehingga pecah minyak.
- Tambahkan serbuk perasa dan garam secukup rasa.
- Setelah itu, masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul hingga rata.
- Tuangkan air mengikut kepekatan kuah yang diingini.
- Apabila sudah mendidih, masukkan santan dan asam keping, kacau hingga sebati.
- Tambah kentang dan reneh hingga kentang menjadi lembut.
- Di akhir penyediaan, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan.
- Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Roha Adrinna
Baca juga: Ayam Rebus Mix Herbs, Resipi Tanpa Minyak Sesuai Untuk Diet!