Resepi samosa sardin ini benar-benar unik kerana terdapat tambahan keju di dalam lipatan samosa.
Jika anda menginginkan kelainan, anda boleh mencubanya di rumah bila-bila masa. Sangat sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.
Jangan lupa: Panduan Untuk Buat Karipap Sardin Berjerawat & Rangup, Pasti Tak Cukup Satu!
RESIPI SAMOSA SARDIN CHEESE
Bahan-bahan:
- Sekadar minyak (untuk menumis)
- Bawang putih (dicincang halus)
- Bawang merah (dipotong dadu)
- Cili padi (dihiris)
- Sardin dalam tin
- Serbuk perasa secukupnya
- Kentang (jika suka)
- Limau nipis
- Kulit popia
- Lembaran keju
Cara-cara:
- Panaskan sedikit minyak untuk menumis dalam kuali.
- Tumis bawang putih, bawang merah, dan cili padi sehingga layu dan aromanya terlepas.
- Setelah bahan tumis layu, masukkan separuh sos sardin.
- Perasakan dengan serbuk perasa secukupnya dan kacau hingga rata.
- Hancurkan isian sardin dan masukkan ke dalam kuali.
- Jika anda mahu, kentang juga boleh ditambah.
- Perah limau nipis secukup rasa.
- Masak sehingga kering, kemudian tutup api dan ketepikan bancuhan.
- Ambil sehelai kulit popia. (bisa lihat cara lipat di TikTok atau YouTube).
- Letakkan 1/2 keping keju di atas kulit popia.
- Seterusnya, letakkan isian sardin dan lipat dengan rapi.
- Di penghujung lipatan, sapukan campuran tepung dan air untuk memastikan ia melekat dengan baik.
- Setelah selesai melipat, goreng samosa dalam minyak dengan api sederhana.
- Selamat mencuba!
Kredit resepi dan gambar: Dea Noorfaizura
Jangan lupa: Resipi Karipap Pusing Versi Bulat-Bulat, Sangat Comel Bentuk Sebegini!