Resepi kek batik lembut yang menggunakan coklat melting ini sememangnya lazat dan dijamin dapat mengagumkan sesiapa sahaja. Teksturnya seakan kek yang lembut, apabila menggigitnya, rasa kepuasan yang tidak terhingga!
Jika anda kurang berminat dengan kek batik yang rangup, ini adalah resipi yang mesti dicuba! Pastinya anda akan jatuh hati pada kali pertama merasainya.
Baca juga: Resipi Kek Coklat Ala Apollo, Buat Dengan Loyang Size Besar Confirm Puas Makan!
RESEPI KEK BATIK LEMBUT
Bahan-bahan kek batik:
- 600g biskut Marie (dipatah-patah)
- 200g mentega
- 1 cawan milo
- 1 cawan susu pekat
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1/2 cawan air masak
- 2 biji telur
- Esen vanila
Bahan-bahan topping/ganache:
- 100g milk compound
- 100g dark compound
- 200ml whipping cream
- 1 sudu besar mentega
- 1 sudu besar golden syrup (pilihan)
- 1/2 sudu kecil hazelnut oil (tips untuk mendapatkan coklat yang sedap seperti Cadbury, jika tidak ada boleh abaikan)
Cara-cara:
- Cairkan mentega sehingga lebur, masak kek batik dengan api perlahan. Kemudian, masukkan susu pekat sambil dikacau rata.
- Setelah itu, tambahkan milo dan serbuk koko. Kacau dengan cepat supaya tidak menggumpal.
- Seterusnya, masukkan telur dan kacau sehingga sebati sebelum menambah air. Kacau sehingga semua ramuan bercampur rata.
- Akhir sekali, masukkan biskut dan kacau sehingga semua biskut disalut dengan coklat. Okey, tutup api.
- Masukkan semua ke dalam loyang berukuran 10 inci (alas dengan plastik bagi mengelakkan biskut melekat dan memudahkan pengeluaran) dan tekan dengan padat.
- Tuang coklat ganache melting dan simpan dalam chiller selama 4 jam atau lebih sebelum dipotong.
- Keluarkan kek dan biarkan pada suhu bilik selama seketika supaya kek lembut dan mudah untuk dipotong.
Tips: Untuk mendapatkan potongan yang kemas, pisau yang digunakan untuk memotong kek batik haruslah dicelup dalam air panas atau lap dengan tisu setiap kali ingin memotong. Dengan ini, potongan akan lebih cantik dan tidak bersepah. Menikmatinya juga lebih enak!
Sumber: Izzfaiqaainaa Mohd Nor
Baca juga: Resipi Kek Coklat Mousse, Tekstur Lembut & Creamy Seperti Makan Aiskrim!