Tiba-tiba saja kentang dan bawang mulai busuk, pasti terasa aneh dengan keadaan ini. Sebenarnya, anda perlu mengetahui tentang cara menyimpan kentang dan bawang secara tepat.
Kentang dan bawang adalah sayuran yang sering digunakan untuk memasak. Dengan kata lain, ia adalah bahan masakan yang paling penting dan mesti ada di dapur.
Jika anda masih menyimpan kentang dan bawang dalam satu lokasi, kini adalah waktunya untuk menghentikannya kerana kedua-dua sayuran ini tidak serasi sama sekali.
Apabila kentang dan bawang disimpan dalam tempat yang sama, tidak lama kemudian keduanya pasti akan mulai cepat rosak. Jadi, inilah sebabnya yang perlu anda ketahui.
Baca juga: Baki Lauk Tak Habis Jangan Buang, Simpan Dengan Teknik Mudah Dan Selamat Ini
PENYEBAB KENTANG DAN BAWANG TIDAK BOLEH DISIMPAN BERSAMA

Kredit Gambar: stockking dari Freepik
1. Bawang menghasilkan gas etilena yang boleh mempercepatkan tunas kentang.
2. Kentang cepat ‘berpeluh’ yang akan menyebabkan bawang menjadi lembik dan busuk lebih cepat.
3. Apabila kentang dan bawang berada bersatu, keduanya akan cepat rosak dan tidak tahan lama.
Untuk menghindari drama di dapur ini daripada berlaku lagi, anda boleh menggunakan cara menyimpan kentang dan bawang yang kami sediakan di bawah ini.
CARA MENYIMPAN KENTANG DAN BAWANG DENGAN BETUL
1. Simpan kentang dalam tempat yang dingin dan gelap (bukan di peti sejuk).
2. Simpan bawang di lokasi kering dan baik untuk pengudaraan.
3. Jangan mencampurkan sayuran yang mengeluarkan gas etilena dengan sayuran yang sensitif.
Gunakan cara menyimpan kentang dan bawang ini agar keduanya tidak cepat rosak. Dengan cara ini, anda akan lebih berpuas hati kerana dapat menyimpan kentang dan bawang lebih lama di dapur.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: stockking dari Freepik, Facebook Sukan Sentral
Sumber: Sukan Sentral
Baca juga: Cara Menyimpan Bahan Kisar Supaya Tahan Lebih Lama, Mudah Untuk Digunakan Nanti