Indulge in Authentic Bika Ambon: A Luscious and Airy Delight from Indonesia!


bika ambon

Bika Ambon ialah kuih klasik yang berasal dari Medan, Indonesia. Kuih ini begitu dikenali dengan teksturnya yang lembut, berongga dan rasa yang manis serta berlemak. Wanginya yang menyelerakan bisa membuat sesiapa sahaja terpukau.

Proses penyediaannya juga sangat mudah. Dengan panduan langkah demi langkah yang terperinci serta beberapa tips berguna, anda boleh menghasilkan Bika Ambon yang cantik bersarang dan lezat seperti yang dijual di kedai.

Anda tidak perlu menunggu untuk pergi ke Medan hanya untuk menikmati keenakan Bika Ambon. Mari cuba resipi ini di rumah sendiri!

Baca juga: Bingka Ubi Kayu Tanpa Campur Tepung, Rasa Asli Seperti Buatan Zaman Dulu

RESEPI BIKA AMBON

bika ambon

 

Bahan A:

  • 350 ml santan
  • 2 batang serai (ditumbuk)
  • 3 helai daun limau purut
  • 3 helai daun pandan

Cara penyediaan bahan A:

  1. Campurkan santan, serai, daun limau purut dan daun pandan dalam bekas masakan.
  2. Didihkan, selepas itu ketepikan.

Bahan B:

  • 100 ml air panas
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu kecil mauripan (yeast instan)

Cara penyediaan bahan B:

  1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Kacau hingga sebati.
  2. Biarkan selama 10 minit hingga berbuih.

Bahan C:

  • 8 biji kuning telur
  • 2 biji telur
  • 100 gram tepung ubi kayu
  • 50 gram tepung pulut
  • 1 sudu besar marjerin (dicairkan)
  • 180 gram gula pasir

Cara penyediaan bahan C:

  1. Pukul telur dan gula pasir sehingga kembang dan berwarna putih.
  2. Tambahkan tepung ubi kayu dan tepung pulut. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan marjerin yang telah dicairkan. Kacau rata.

Cara memasak:

  1. Satukan Bahan C, Bahan A dan Bahan B. Kacau hingga sebati.
  2. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu marjerin dan dialas kertas minyak.
  3. Bakar pada suhu 130°C dengan api bawah sahaja selama 40 minit (jika menggunakan oven besar, tetapkan suhu 150°C dengan api bawah sahaja).
  4. Kemudian, bakar dengan api atas sahaja selama 15 minit atau sehingga bika ambon masak dan berwarna keemasan.
  5. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Kredit: Maria Ambon

Baca juga: Resipi Kek Sarang Semut Berongga & Kenyal, Elok Sungguh Kejadiannya!



Source link

Scroll to Top