Setelah menikmati hidangan semasa berbuka puasa, pasti teringin untuk menjamu pencuci mulut yang lazat juga. Oleh itu, kami ingin berkongsi resepi Dadih dengan sukatan cawan yang benar-benar klasik.
Resepi Dadih berbentuk sukatan cawan ini dihasilkan oleh Masmira Idris di Facebook dan hasilnya sangat berkrim serta mengagumkan. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Dadih Vanilla Durian, Hanya Guna 4 Bahan Namun Sangat Lemak Berkrim!
RESEPI DADIH SUKATAN CAWAN
Bahan A:
- 16 hingga 20g agar-agar (1 cawan selepas dibersihkan)
- 14 cawan air
Bahan B:
Bahan C:
- 300g atau 3 cawan susu tepung Dutch Lady krim penuh
- 1 cawan creamer coffee mate
- 3 cawan air panas
Bahan D:
- Vanilla – esen vanilla
- Jagung – pes jagung Greenhill
- Strawberry – pes strawberry Greenhill
- Keladi – pes keladi Greenhill
- Coklat – emulco coklat Nona, Meriah atau Soho
- Honeydew – pes honeydew Greenhill yang dicampur pewarna hijau epal
Cara-cara menghasilkannya:
1. Pertama sekali, ambil agar-agar dengan sukatan secawan selepas dibersihkan dan rebus bersama 14 cawan air (pastikan menggunakan sukatan cawan yang sama untuk semua bahan).
2. Masukkan daun pandan dan kacau, kemudian tutup periuk.
3. Masak agar-agar dan air sehingga mendidih dan larut sepenuhnya di dalam periuk.
4. Sementara menunggu agar-agar larut, bancuh 3 cawan susu tepung krim penuh dan 1 cawan creamer coffee mate bersama 3 cawan air panas.
5. Kemudian, kacau sehingga susu dan creamer larut dengan baik.
6. Apabila agar-agar sudah mendidih dan larut, masukkan 1.5 cawan gula ke dalam periuk.
7. Setelah gula larut, tuangkan bancuhan susu tepung ke dalam periuk dadih.
8. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih semula (jangan biarkan kerana susu mungkin akan berketul).
9. Setelah masak, boleh tuang ke dalam jug untuk bancuhan ikut perisa (saya menghasilkan 6 perisa, jangan lupa tapis dahulu) dan kacau sehingga larut.
10. Akhirnya, tuangkan ke dalam cawan dan simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam. Siap!
Dengan resepi Dadih menggunakan sukatan cawan ini, anda mampu menghasilkan sekitar 35 bekas. Jika ada tambahan, boleh dihadiahkan kepada jiran dan rakan-rakan sempena bulan Ramadan ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Masmira Idris
Baca juga: Cara Nak Buat Dadih Gedik, Sangat Lazat Sampai Mak Kata Boleh Buat Niaga