Resipi Kuih Sopang: Penemuan Gastronomi yang Sukar Ditemui!


kuih sopang

Kuih sopang ialah sejenis makanan manis tradisional yang dibuat daripada tepung pulut, santan, dan gula enai. Nama kuih ini diambil dari Pekan Sepang yang disebut ‘Sopang’ dalam dialek setempat.

Dari segi penampilan dan strukturnya, sesetengah orang menganggap kuih ini menyerupai kuih koci atau badak berendam, namun sebenarnya, ia berbeza dari segi cara penyediaan dan juga rasa.

Baca juga: Resipi Kuih Gunting Yang Rangup & Pedas-Pedas Manja, Krup Krap Tak Cukup Sebalang!

RESEPI KUIH SOPANG

kuih sopang

Bahan-bahan untuk adunan tepung:

  • 1 pek tepung pulut
  • Air secukupnya
  • Garam (mengikut rasa)
  • Beberapa tepung beras (untuk dicampurkan ke dalam santan semasa pengukusan)
  • 1 biji kelapa (ambillah santannya)

Bahan-bahan untuk inti:

  • 1 biji kelapa parut (lebih sedap menggunakan kelapa yang diparut sendiri dan kelapa yang secukupnya untuk inti)
  • 3-4 keping gula anau/gula kabung
  • 3 helai daun pandan

Langkah-langkah untuk membuat inti:

  1. Masukkan kelapa parut ke dalam kuali.
  2. Tambahkan 3-4 ketul gula anau atau gula kabung (ikut cita rasa manis yang diingini).
  3. Seterusnya, masukkan 3 helai daun pandan yang diikat.
  4. Kacau semua bahan sehingga sekata dan masak dengan api sederhana sehingga gula larut dan kelapa menjadi agak kering (elakkan terlalu basah).
  5. Setelah inti siap, angkat dan ketepikan untuk digunakan sebagai inti.

Langkah-langkah untuk membuat adunan tepung:

  1. Campurkan tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.
  2. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sehingga adunan menjadi bercampur rata.
  3. Untuk membentuk kuih sopang, ambil sedikit doh adunan dan bentuk menjadi bulatan.
  4. Guna tangan yang dilapik dengan daun pisang. Letakkan doh adunan di atasnya dan ratakan.
  5. Letakkan inti kelapa yang sudah disediakan dan bentuk seperti karipap.
  6. Susun kuih sopang yang telah dibentuk di atas dulang. Tuangkan campuran santan bersama sedikit tepung beras di atas kuih sopang tersebut.
  7. Kukus kuih sopang selama 10 minit sehingga masak.

Sumber resipi dan gambar: Salihin Mohamad Salihin, Wan Arah Hussin, Nor Hasnah Abdul Kadir

Baca juga: Resipi Bubur Sum Sum Gedik & Lembut, Sedap Dimakan Sejuk-Sejuk!



Source link

Scroll to Top