Selera makan kadang kala berubah sehingga melihat resepi Bihun Goreng Singapore pun boleh membuatkan kita terliur. Jika dimasak untuk keluarga di rumah, nescaya akan habis licin.
Sesetengah individu merujuk kepada hidangan ini sebagai bihun goreng putih sementara ada yang menyebutnya bihun goreng lada hitam. Namun, keenakannya tidak dapat disangkal lagi.
Nor Farah Atika telah berkongsi resepi Bihun Goreng Singapore di Facebook yang kaedahnya sangat ringkas dan mudah untuk disediakan. Mari kita cuba!
Baca juga: Petua Goreng Bihun Supaya Tidak Lembik, Hasil Pun Menjadi Tanpa Rasa Kejung!
RESEPI BIHUN GORENG SINGAPORE
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Pertama sekali, rendam bihun dalam air suam selama 10 minit, kemudian toskan.
2. Seterusnya, kisar secara kasar tiga bahan iaitu bawang merah, bawang putih, dan ikan bilis.
3. Setelah itu, tumiskan sehingga berbau wangi dan masukkan black pepper serta sos tiram.
4. Apabila bahan tumisan sudah garing, boleh masukkan ayam, daging, telur, atau udang mengikut selera. Jika ingin rasa pedas, boleh kisar cili api dan masukkan juga.
5. Kemudian, masukkan garam dan terserah jika ingin menambah ajinomoto, serbuk cukup rasa atau gula mengikut citarasa. Jika ingin lebih pedas, boleh tambahkan cili api bersama bahan tumis tersebut.
6. Akhir sekali, masukkan bihun dan lobak merah. Jika tidak mahu bihun hancur, elakkan menggaul terlalu kerap. Boleh gunakan teknik kaup atau tarik menggunakan garfu. Siap untuk dihidangkan!
Resepi Bihun Goreng Singapore sentiasa menjadi pilihan terbaik sebagai menu untuk berkelah, jamuan atau potluck. Jika berkenan, anda boleh menjadikannya hidangan untuk keluarga tersayang di rumah.
Bagi menambah lagi kesedapan Bihun Goreng Singapore ini, anda boleh menyajikannya bersama sambal kicap yang lazat dan pasti selera akan lebih terangkat nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Farah Atika
Baca juga: Mee Siam Goreng Singapore, Kering-Kering Begini Buat Selera Terangkat!