Resepi prosperity burger ini tidak sukar sama sekali. Bahkan, banyak bahan-bahan yang diperlukan biasanya sudah tersedia di dapur.
Walaupun rasa tidak sepenuhnya sama seperti yang kita nikmati di restoran, ia masih sangat berbaloi untuk dicoba kerana boleh disesuaikan dengan selera masing-masing.
Jika anda pencinta pedas, boleh meningkatkan jumlah serbuk black pepper. Namun, jika tidak, boleh mengurangkan kuantiti serbuk black pepper tersebut.
Untuk sesiapa yang ingin mencubanya di rumah, mari ikuti resipi yang dikongsikan oleh Puan Najwa Abd Razak di bawah.
Baca juga: Peniaga Ini Berkongsi Rahsia Membuat Burger, Patutlah Burger Tepi Jalan Sedap Berbeza!
RESEPI PROSPERITY BURGER BUATAN SENDIRI
RESIPI PATTY DAGING
Bahan-bahan:
- Daging atau ayam kisar
- Bawang merah dan putih dicincang (pilihan)
- Serbuk lada hitam
- Serbuk lada putih
- Tepung gandum
- Serbuk roti putih
- Stok ayam
- Garam
- Telur
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan di dalam mangkuk. Kuantiti bahan bergantung kepada berapa banyak daging kisar yang digunakan.
- Bentuk patty dalam bentuk segi empat memanjang.
- Masak dalam kuali menggunakan sedikit minyak masak.
RESIPI SOS BLACK PEPPER
Bahan-bahan:
- 2 sudu besar mentega
- ½ biji bawang holland
- 2 sudu tepung gandum
- 1 sudu kecil stok ayam
- 1 sudu serbuk lada hitam
- 1 sudu lada hitam (tumbuk kasar)
- 1 sudu kecil kicap pekat
- Garam
- Aji atau gula
- Air
Cara-cara:
- Panaskan mentega dan tumiskan bawang holland.
- Masukkan tepung gandum.
- Tambahkan stok ayam, lada hitam, kicap pekat dan air.
- Tambah garam dan perasa secukup rasa.
- Blend untuk mendapatkan sos yang halus dan masak semula di atas api hingga pekat.
Kredit resipi dan gambar: Najwa Abd Razak
Baca juga: Cara Penyediaan Mini Burger Menggunakan Nugget Yang Kecil Comel, Modal RM50 Sahaja!