Kek Batik Cream Crackers: Kreasi Unik yang Menggugah Selera!


kek batik cream crackersPencuci mulut ini umumnya menggunakan biskut Marie sebagai bahan utama, tetapi adakah anda sudah mencuba kek batik cream crackers Hup Seng? Hasilnya bukan saja lebih enak, tetapi juga lebih mudah untuk disusun kerana bentuknya yang segi empat.

Tiada lagi keperluan untuk memecahkan biskut seperti Marie, yang penting rasanya tetap onz!

Anda harus mencuba resep ini kerana kami jamin ia akan memudahkan proses dalam penyediaan kek batik ini.

Baca lagi: Resipi Cucur Kentang, Buat Nipis Macam Ini Baru Rangup Krup Krap!

RESIPI KEK BATIK CREAM CRACKERS

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ketul mentega (butter)
  • 1/2 tin susu pekat
  • Secawan Milo
  • 1 sudu kecil serbuk kopi segera (pilihan, untuk rasa yang lebih ‘kick’)
  • 1 bungkus biskut cream crackers Hup Seng
  • Serbuk Milo untuk taburan

Langkah Penyediaan:

1. Panaskan mentega dalam kuali dengan menggunakan api kecil. Kacau sehingga ia cair sepenuhnya bagi mengelakkan ia hangus.

2. Setelah mentega cair, matikan api.

3. Masukkan susu pekat ke dalam mentega cair, kemudian tambahkan Milo. Jika anda inginkan rasa kek yang lebih pekat, masukkan sedikit serbuk kopi segera.

4. Kacau campuran ini hingga sebati dan pastikan tiada ketulan.

5. Sapukan sedikit adunan coklat di dasar loyang atau bekas pilihan anda. Ini bertujuan memastikan lapisan pertamanya biskut tidak bergerak. Saya syorkan menggunakan tupperware berbentuk segi empat kerana lebih mudah untuk menyusun biskut.

6. Susun biskut cream crackers sebagai lapisan pertama di atas adunan coklat. Pastikan biskut tersusun rapi.

7. Tuang adunan coklat secukupnya ke atas lapisan biskut dan ratakan dengan sudu atau spatula.

8. Ulang langkah ini: susun biskut, tuang adunan coklat, dan ratakan sehingga bekas penuh atau adunan habis.

9. Untuk lapisan terakhir, tuangkan lebihan adunan coklat dalam ketebalan sekeping biskut.

10. Taburkan serbuk Milo di atas permukaan untuk menambah rasa dan tekstur.

11. Simpan kek batik dalam peti sejuk selama 2-3 jam atau sehingga ia cukup mampat dan sejuk.

Sumber: Madam B

Baca lagi: Resipi Dendeng Daging, Lagi Lama Simpan, Rasa Lagi Menyengat!



Sumber pautan

Scroll to Top