Cucur udang, cucur ikan bilis, dan cucur jagung adalah antara resipi cucur yang sering dipilih oleh ramai orang untuk hidangan minum petang. Namun, sebenarnya terdapat pelbagai jenis cucur lain yang boleh dicuba, salah satunya adalah resipi cucur kentang.
Resipi yang disampaikan oleh Sakinah Abdul Rahim ini sangat mudah dan ringkas untuk dilakukan. Teksturnya yang garing di luar dan lembut di dalam pasti akan menarik perhatian. Bagi yang berminat untuk mencuba, mari ikuti langkah-langkah lengkap yang dikongsi beliau di bawah.
Baca juga: Cara Buat Cucur Jagung Manis, Guna Resipi Ini Confirm Bertambah Sedap & Rangup
RESEPI CUCUR KENTANG RANGUP
Bahan-bahan:
- 5 biji kentang
- 1 biji bawang besar
- 3 tangkai daun bawang
- 5 biji cili hijau
- 5 sudu besar tepung jagung
- 5 sudu besar tepung gandum
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- 1 biji telur ayam
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
Cara-cara penyediaan:
- Kupas kulit kentang, kemudian potong atau sagat kentang sehingga halus.
- Hiris bawang besar, daun bawang, dan cili hijau dengan halus.
- Masukkan kentang yang sudah disagat ke dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan bawang besar, daun bawang, dan cili hijau yang telah dihiris halus tadi.
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur ayam, garam, dan lada sulah. Gaul hingga semua bahan sebati.
- Panaskan minyak, kemudian goreng cucur yang sudah siap masukkan hingga berwarna keemasan.
Senang dan mudah, bukan? Apabila sudah siap, hidangkan bersama sambal tumis. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Sakinah Abdul Rahim
Baca juga: Cucur Udang Istimewa Mak Tun, Resipi Air Tangan Orang Dulu-Dulu