Makan cucur jagung manis pada waktu petang memang lazat! Ditambah pula dengan jagung yang segar. Siapkan satu pinggan, pasti licin habis!
Anda boleh cuba resipi yang telah dikongsi oleh Zaidah Md Daud di bawah untuk santapan petang. Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Membuat Cucur Bilis Kembung, Renyah & Bentuk Bulat yang Comel!
RESIPI CUCUR JAGUNG MANIS
Bahan-Bahan:
- Udang putih
- Daun kucai
- Jagung
- Bawang merah
- Cili merah
- Air suam
- Garam
- Secubit gula
- Bahan perasa (jika suka)
- Tepung gandum
Cara-Cara:
- Dalam sebuah mangkuk besar, campurkan semua bahan seperti udang, daun kucai, jagung, bawang merah, dan cili merah. Gaulkan hingga rata.
- Tuangkan air suam, kemudian tambah garam, secubit gula, dan bahan perasa jika diinginkan. Kacau hingga sebati.
- Tambahkan tepung gandum secara beransur-ansur sehingga adunan menjadi pekat sederhana.
- Untuk rasa yang lebih memuaskan, lebihkan bahan berbanding dengan tepung.
- Panaskan minyak dalam kuali. Ambil satu senduk adunan dan tuangkan ke dalam minyak. Goreng hingga garing dan kekuningan. Ulangi sehingga semua adunan habis.
- Angkat cucur dan letakkan di atas kertas tisu untuk menyerap minyak. Hidangkan panas, enak dinikmati begitu sahaja atau bersama sos.
RESIPI SOS PENCICAH
Bahan-Bahan:
- 3 ulas cili merah
- 2 ulas bawang putih
- Secubit garam
- Gula (tambahkan sedikit untuk memberikan rasa manis pada sos pencicah)
- Cuka
- Air suam
Cara-Cara:
- Kisar semua bahan hingga halus. Sesuaikan rasa masam, manis, dan masin mengikut citarasa.
- Panaskan sos cili dalam kuali seketika.
- Sos pencicah sedia untuk dinikmati!
Kredit resipi dan gambar: Zaidah Md Daud
Baca juga: Resipi Kuah Kacang Untuk Dicicah Bersama Cucur Udang, Cara yang Sangat Mudah & Ringkas!