Karamel Puding Tanpa Telur: Lezat dan Mudah Tanpa Kukus!


puding karamel tanpa telur

Terdapat pelbagai resipi hidangan manis yang mudah disediakan tanpa memerlukan proses kukus atau bakar, dan salah satunya adalah Puding Karamel tanpa telur yang pasti mencair di mulut.

Puding Karamel adalah hidangan pencuci mulut yang sangat sempurna dengan kombinasi puding berlemak, tekstur yang lembut serta rasa gula karamel yang sangat memuaskan.

Kebiasaannya, hidangan ini disediakan menggunakan telur, namun kami telah menemui resep Puding Karamel tanpa telur dari Melati Desa di Facebook yang pasti akan membuatkan anda terliur. Marilah kita mencuba!

Baca juga: Puding Kastard Sukatan Cawan Yang Mudah, Enak Dimakan Sejuk!

RESIPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR

puding karamel tanpa telur

Bahan-bahan:

  • 3 sudu besar gula pasir (untuk menjadi gula hangus)
  • 1 pek agar-agar serbuk (10g)
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula pasir (meletakkan ¾ cawan juga sudah memadai)
  • ½ cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Langkah-langkah penyediaan:

1. Pertama, taburkan gula pasir ke dalam loyang dan masak sehingga berwarna keperangan. Kemudian, goyangkan loyang agar gula hangus tersebar rata di sekeliling loyang dan ketepikan.

2. Selepas itu, masukkan susu cair, tepung kastad dan esen vanilla ke dalam bekas berasingan, kemudian kacau sehingga campuran menjadi halus tanpa ketulan.

3. Seterusnya, tambahkan agar-agar serbuk, air, susu pekat manis dan gula ke dalam campuran di langkah (2), lalu masak di atas dapur.

4. Kacau hingga semua bahan masak dan mendidih, kemudiannya tuangkan ke dalam loyang yang telah disediakan dengan gula hangus.

5. Setelah itu, biarkan sedikit sejuk, kemudian masukkan ke dalam peti ais dan biarkan selama 2 hingga 3 jam.

6. Akhir sekali, terbalikkan puding ke dalam bekas dan gula hangus akan berada di bahagian atas. Siap untuk dinikmati!

puding karamel tanpa telur

Resipi Puding Karamel tanpa telur ini amat sesuai bagi mereka yang menginginkan hidangan manis tetapi mempunyai alergi terhadap telur. Lebih-lebih lagi, hasilnya yang licin dan cantik pasti akan memuaskan selera anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Melati Desa

Baca juga: Resepi Puding Karamel Kukus Menggunakan Roti Gardenia, Pastinya Menjadi!



Sumber pautan

Scroll to Top