Resepi Ayam Percik Merah, Kuah Tersalut Elok, Manisnya Cukup Rasa

Ayam Percik Merah

Ramai yang cari ayam percik di bazar Ramadan sebagai juadah berbuka puasa. Jika teringin sangat tapi tak sempat ke bazar, boleh buat sendiri dengan resepi ayam percik Merah ini.

ayam percik cukup popular di negeri-negeri bahagian Timur Semenanjung Malaysia yang menggunakan daging ayam dibakar, kemudian dilumurkan dengan kuah percik yang lazat.

Hawa Honey telah kongsikan resepi ayam percik Merah di Facebook dengan kuah yang tersalut elok pada ayam dan membuatkan ramai terliur melihatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Nikmati Ayam Percik Air Fryer: Hidangan Sederhana dengan Rasa yang Menggoda!

Bahan-bahan untuk perapan Ayam Percik Merah :

  • ½ ekor ayam
  • 1 biji bawang merah atau besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • 1 sudu jintan manis (dikisar)
  • 1 sudu ketumbar (dikisar)
  • gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk kuah Ayam Percik Merah:

  • 1 biji bawang merah atau besar
  • 2 labu bawang putih
  • 10 tangkai lada kering atau ikut kepedasan (direbus dan dikisar)
  • 1 inci halia
  • ½ sudu serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • ¼ santan kotak
  • gula Melaka (ikut citarasa)
  • 2 sudu sos cili
  • gula, garam dan perasa

Cara-cara menyediakan Ayam Percik Merah :

1. Mula-mula, kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai.

2. Selepas itu, gaulkan semua bahan bersama ayam.

3. Kemudian, boleh perap selama 3 jam.

4. Selepas perap, boleh dibakar.

 

Cara-cara menyediakan kuah:

1. Mula-mula, kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai ditumis sampai pecah minyak.

2. Kemudian, masukkan lada yang dikisar dan serbuk kunyit ditumis sampai lada betul-betul masak.

3. Selepas itu, masukkan sedikit air untuk cairkan kuah.

4. Masukkan ¼ santan kotak dan 3 sudu sos cili, kemudian biar sampai mendidih.

5. Akhir sekali, masukkan 3 sudu gula (ikut citarasa), garam dan perasa.

Anda pasti kagum dan puas hati dengan hasil daripada resepi ayam percik Merah ini kerana kuahnya cukup manis dan sedap dimakan bersama ayam yang baru dibakar.

Sedikit tips dalam resepi ini, ayam yang dibakar menggunakan arang perlu dicelup panas-panas ke dalam kuah percik supaya kuahnya jadi lebih sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Hawa Honey

Baca juga: Nikmati Ayam Percik Air Fryer: Hidangan Sederhana dengan Rasa yang Menggoda!

Scroll to Top