Syawal semakin dekat, pasti banyak yang telah mula bersiap sedia menyediakan hidangan raya. Nasi minyak yang mudah ini boleh menjadi salah satu pilihan untuk sajian pagi Raya!
Resipi ini lengkap dengan ayam masak merah, acar, dalca dan nasi minyak. Tidak hanya enak, tetapi juga mudah untuk disiapkan tanpa memerlukan pelbagai bahan.
Jadi, jika anda masih mencari inspirasi untuk hidangan pagi Raya, cuba resipi nasi minyak ini. Ringkas, nikmat dan pasti akan menambah keceriaan di meja hidangan.
Baca juga: Cara Memasak Nasi Daging Utara Yang Menggoda, Nasi Gebu & Daging Lembut Sempurna!
RESIPI SET NASI MINYAK SIMPEL
Bahan untuk memasak nasi:
Cara memasak nasi:
- Panaskan marjerin, tumiskan rempah 3 beradik bersama daun pandan.
- Setelah itu, masukkan bahan tumisan ke dalam periuk berisi beras yang telah dibasuh.
- Tuangkan susu cair dan sunquick ke dalam periuk, gaul rata.
- Selepas itu, tambahkan air secukupnya mengikut sukatan beras. Masak nasi seperti biasa.
Bahan untuk kuah dalca:
- Tulang ayam
- Santan pekat secukupnya
- 1sb serbuk kari daging dan 1sb serbuk kari ikan (jadikan pes)
- Bawang merah, bawang putih dan halia (ditumbuk)
- Lada merah besar potong tengah
- Daun kari
- 4sb kacang dhal (rebus hingga empuk)
Cara membuat kuah dalca:
- Tumis daun kari dan bahan yang ditumbuk hingga mengeluarkan aroma wangi.
- Masukkan pes kari dan tumis hingga pecah minyak.
- Selepas itu, tambahkan tulang ayam, lada besar dan asam keping. Biarkan hingga ayam menjadi lembut.
- Seterusnya, masukkan dhal yang telah dimasak empuk berserta sayur kacang panjang dan terung.
- Biarkan hingga sayuran empuk. Siap.
Bahan untuk ayam masak merah:
- Separuh ayam (dibasuh dan taburkan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga lembap)
- Lada kering, bawang besar, bawang putih dan halia (dikisar)
- Serai ditumbuk
- Sekeping nise
- 2sb sos cili
- 1sb sos tiram
Cara memasak ayam masak merah:
- Tumis bahan kisar dan serai hingga pecah minyak.
- Seterusnya, masukkan nise, sos cili, sos tiram, gula dan garam secukup rasa.
- Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul hingga rata.
Komponen acar timun nanas:
- Nanas dan timun dipotong
- Bawang dan cili merah besar diiris halus
- 1sb sunquick
- 1sk gula pasir
Langkah-langkah untuk membuat acar timun nanas:
- Gabungkan nanas, timun, bawang, dan cili merah dalam satu bekas.
- Tambah sunquick dan gula pasir, kemudian aduk rata sehingga sebati.
Sumber: Mizah Ngatiman
Baca juga: Resipi Nasi Ayam Hainan Yang Sangat Mudah, Baunya Sangat Memikat!