Menu perayaan terasa tidak sempurna tanpa ketupat dan rendang yang lazat. Menjelang Hari Raya ini, kami ingin mengajak anda mencuba resepi Rendang Tok Perak Asli yang patut dicuba.
Rendang Tok Perak Asli merupakan salah satu hidangan tradisional yang sarat dengan rempah dan daging yang empuk, disertai dengan rasa autennya yang sangat menggoda selera.
Roshidah Abu Bakar Shidah telah berkongsi resepi Rendang Tok Perak Asli di Facebook yang dijamin enak dan pasti dihargai oleh keluarga anda. Mari kita cuba!
Jangan lepaskan peluang: Resipi Rendang Kerang, Seronok Makan Sampai Tak Sedar Belum Raya Lagi
RESEPI RENDANG TOK PERAK ASLI
Bahan-bahan:
- 1½kg daging (dipotong dadu mengikut saiz yang diingini)
- 3 liter santan
- 1 biji kelapa parut (disangai untuk dijadikan kerisik) sedikit isi kelapa (dihiris halus, dijadikan kepingan dan disangai)
- 2 helai daun kunyit
- Beberapa helai daun salam
- 3 batang serai (dititik)
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 biji bunga lawang
- 10 biji bunga cengkih
- 1½ keping gula nipah atau kabung atau Melaka
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Bahan yang disangai (goreng tanpa minyak):
- 1½ sudu makan jintan manis
- ½ sudu makan jintan putih
- 2 sudu makan biji ketumbar
Bahan kisar:
- 20 biji cili kering (rendam terlebih dahulu)
- 1 sudu teh lada hitam
- 10 hingga 15 biji bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 3cm lengkuas
- 5 batang serai
- 5cm halia
- 3cm kunyit hidup
- Bahan yang telah disangai tadi
Cara-cara memasak:
1. Pertama, perapkan daging dengan sedikit bahan kisar.
2. Selepas itu, panaskan minyak dan tumiskan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih serta bahan kisar.
3. Seterusnya, masakkan rempah tersebut terlebih dahulu.
4. Kemudian, masukkan daging yang telah diperap beberapa jam dan gaul rata.
5. Tambahkan santan, gula Melaka atau kabung, garam, separuh daripada kerisik, daun salam dan daun kunyit yang telah disobek, kemudian kacau sebentar dan biarkan ia masak (tambahkan air jika perlu).
6. Apabila daging sudah kelihatan empuk, masukkan semua baki kerisik dan kelapa kepingan kecil yang telah disangai, kemudian kacau lagi.
7. Terakhir, masakkan rendang tok ini sehingga kering sepenuhnya supaya ia berubah warna kehitaman.

Kredit Gambar: Facebook Ida Shahida
Resepi Rendang Tok Perak Asli pasti akan menghadirkan kenikmatan dalam setiap suapan. Terutama sekali, ia dapat menjadi hidangan raya yang membawa makna bersama keluarga.
Selamat mencuba!
Kredit gambar muka depan: Facebook Ida Shahida
Sumber: Roshidah Abu Bakar Shidah
Jangan lepaskan peluang: Ayam Rendang Tanpa Santan, Tak Perlu Tunggu Raya Untuk Menikmatinya