Daging Goreng Ketumbar: Hidangan Lembut Berempah yang Menggoda Selera!


resepi daging goreng ketumbar

Apabila anda sudah jemu memasak gulai atau rendang daging, resepi daging goreng ketumbar ini adalah salah satu pilihan lain yang boleh dicuba.

Dari pandangan awal, ia kelihatan seperti daging goreng kunyit, tetapi rasanya lebih sedap kerana aroma dan cita rasa ketumbar yang lebih menonjol.

Hidangan ini sangat sesuai untuk mereka yang menyukai masakan yang ringkas tetapi tetap lazat. Sedap dinikmati bersama nasi putih panas, sambal belacan dan ulam-ulaman.

Baca juga: Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Gaya Arwah Nenek, Sangat Sesuai untuk Disajikan Bersama Pulut!

RESEPI DAGING GORENG KETUMBAR

resepi daging goreng ketumbar

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging batang pinang (dihiris nipis)
  • 1–2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 2 sudu besar biji ketumbar (ditumbuk separuh hancur)
  • Garam, serbuk kunyit dan perasa secukupnya

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Gabungkan semua bahan dalam bekas kecuali bawang besar. Gaul daging dengan rempah dan perasa hingga rata.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging sehingga masak.
  3. Masukkan bawang besar ke dalam kuali dan kacau seketika hingga bawang layu.
  4. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Tip tambahan:

  • Jika menggunakan daging yang keras atau lambat empuk, cuba teknik “Daging Goreng Kelantan”.
  • Setelah menggaul daging dengan garam dan kunyit, masukkan ke dalam kuali dengan air.
  • Reneh dengan api perlahan sehingga daging hampir lembut dan air kering. Jika air sudah kering tetapi daging masih liat, tambah sedikit air dan teruskan mereneh hingga empuk.
  • Setelah daging lembut dan air kering, masukkan minyak dan goreng seperti biasa.

Resipi ini menghasilkan daging yang lembut, beraroma ketumbar, dan enak dinikmati begitu sahaja atau bersama nasi panas!

Sumber: Aisyah Humaira

Baca juga: Daging Masak Hitam Kenduri, Resipi Menggunakan Bahan Minimum tetapi sangat Sedap



Pautan sumber

Scroll to Top