Bebola ubi keledek manis amat sempurna untuk hidangan teh petang, lebih-lebih lagi jika dinikmati dengan secawan teh O panas. Jika anda ingin mencubanya sendiri, ikuti resipi terperinci yang disediakan di bawah.
Resipi ini sangat unik kerana menghasilkan bebola yang garing di luar dan lembut di dalam. Sekali cuba, pasti hendak lagi! Mari kita lihat cara penyediaan yang dikongsikan oleh Puan Mas Cotek.
Baca juga: Lepat Ubi Kayu, Resipi Tanpa Santan Ini Lebih Kenyal & Padat Dengan Rasa Ubi!
RESIPI BEBOLA UBI KELEDEK MANIS
Bahan-bahan:
- 1 ½ cawan keledek oren (direbus dan dilenyek)
- ¼ cawan gula pasir
- ½ cawan tepung pulut
- ¾ cawan tepung beras
- 1 sudu teh baking powder
- ½ sudu teh garam
Cara penyediaan:
- Rebus keledek oren sehingga empuk. Setelah lembut, toskan dan lenyekkan hingga halus.
- Kemudian, gabungkan semua bahan di atas dalam satu bekas.
- Uli hingga menjadi doh yang lembut.
- Seterusnya, bentuk doh menjadi bebola kecil.
- Panaskan minyak di atas api sederhana dan goreng bebola sehingga berwarna keemasan.
- Angkat dan hidangkan ketika masih hangat.
Nota: Jika inginkan tekstur yang lebih kenyal, tambahkan lebih tepung pulut. Selamat mencuba!
Sumber resipi dan gambar: Mas Cotek
Baca juga: Bingka Ubi Kayu Tanpa Campur Tepung, Rasa Original Macam Orang Dulu-Dulu Buat