Setiap kali musim perayaan tiba, pasti banyak yang mencari resepi pencuci mulut yang mudah untuk disediakan. Oleh itu, kami ingin berkongsi resepi Jeli Kelapa yang lembut untuk anda cuba.
Dengan gabungan isi dan air kelapa yang segar, ditambah pula dengan tekstur yang lembut dan kenyal, sesiapa yang mencuba Jeli Kelapa pasti akan merasa kelezatannya.
Nurul Huda telah berkongsi resepi Jeli Kelapa di Facebook yang sering digunakannya untuk berniaga dengan kos yang tidak terlalu tinggi. Jom kita cuba!
Baca juga: Puding Sumi Jelly Ala Tutti Fruity, Warna-Warni Begini Mesti Budak-Budak Suka!
RESEPI JELI KELAPA
Bahan-bahan:
- 1 pek serbuk jeli kelapa
- 3 liter air
- 3 biji kelapa muda
- 1½ cawan gula (kalau mahu lebih manis, boleh tambahkan lagi)
- 2 helai daun pandan
Cara-cara penyediaan:
1. Pertama, potong isi kelapa muda kepada bentuk kecil.
2. Selepas itu, asingkan air kelapa muda.
3. Kemudian, campurkan serbuk jeli kelapa, air, air kelapa muda, gula, daun pandan, dan isi kelapa muda dalam periuk.
4. Seterusnya, masak hingga mendidih dan biarkan sejuk seketika.
5. Selepas itu, masukkan ke dalam bekas (saya menggunakan bekas saiz 4oz, boleh mendapat sekitar 65 hingga 70 bekas).
6. Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam. Siap untuk dinikmati!
Resepi Jeli Kelapa ini sangat ideal sebagai pencuci mulut untuk sebarang majlis atau potluck. Bukan sahaja cara penyediaan mudah, malah bahan-bahannya juga jimat dan mudah
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Huda
Baca juga: Lelaki Berkongsi Cara Buat Jeli Kelapa Segar, Ramai Memuji Hasil Secantik Langit!