Untuk menarik perhatian anak agar mau makan sebenarnya adalah perkara yang cukup mudah, selagi anda tahu makanan yang mereka gemari. Oleh itu, kami mencadangkan anda untuk mencuba resepi Begedil Kentang yang mudah ini.
Begedil Kentang mudah ditemukan di Malaysia dan Indonesia, dibuat daripada kentang tumbuk yang dibentuk bulat dan dilapisi telur sebelum digoreng hingga garing.
Ibu-ibu yang sedang berfikir untuk menyiapkan snek bagi anak-anak di rumah, boleh mengikuti langkah-langkah untuk memasak Begedil Kentang yang dikongsikan oleh ayammmeeee di TikTok.
Baca juga: Tauhu Begedil Anti Gagal, Guna Tepung ‘Ini’ Untuk Kesan Rangup Luar Biasa!
RESEPI BEGEDIL KENTANG
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Pertama sekali, potong kentang untuk digoreng dan pecahkan telur, kemudian ketepikan.
2. Setelah itu, goreng kentang dalam minyak panas dalam kuali sehingga empuk dan lembut.
3. Kemudian, lenyekkan kentang yang sudah digoreng hingga hancur.
4. Masukkan daun sup (kalau tidak ada pun tidak mengapa) dan sedikit garam (jika ingin, serbuk perasa lain seperti lada hitam atau stok ayam juga boleh).
5. Seterusnya, bentukkan begedil mengikut saiz yang diingini.
6. Kemudian, lapisi begedil dengan telur yang telah dipukul sebelumnya.
7. Terakhir, goreng begedil dalam minyak panas, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!
Para ibu wajib mencuba resepi Begedil Kentang ini kerana prosesnya bukan sahaja mudah, tetapi hasil yang garing di luar dan lembut di dalam pasti akan menggoda selera anak-anak.
Selamat mencuba!
Sumber: ayammmeeee
Baca juga: Resepi Begedil Kentang Ayam Tanpa Tepung, Guna Cara Ini Confirm Tak Hancur!