Sekali lihat sahaja peniaga yang menawarkan kuih apam, pasti hati tergerak untuk membeli. Untuk pengetahuan anda, resepi Apam Gula Melaka sangatlah mudah disediakan di rumah.
Apam Gula Melaka merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang lembut, gebu dan menyajikan cita rasa manis yang istimewa hasil daripada penggunaan gula Melaka.
Resepi kuih apam yang dikongsikan oleh Ayuqaseh Ashraf telah menarik perhatian ramai kerana proses pembuatannya yang sangat sederhana dan sesuai untuk mereka yang baru belajar. Mari kita cuba!
Baca juga: Rahsia Apam Gula Hangus Naik Menggunung, Tambah Bahan ‘Ini’ Baru Menjadi!
RESEPI APAM GULA MELAKA
Bahan-bahan:
- ½ cawan gula Melaka (dipotong halus)
- ½ cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan
- 1½ cawan air
- 3 cawan tepung gandum
- ½ paket mauripan dibancuh dengan ½ cawan air
Cara-cara untuk menyediakan:
1. Pertama sekali, masak gula Melaka yang telah dipotong halus bersama gula pasir, daun pandan dan air dalam periuk.
2. Selepas itu, tapis campuran tersebut dan biarkan sejuk terlebih dahulu.
3. Setelah gula tidak lagi panas, tuangkan ke dalam tepung gandum dan bancuhan mauripan.
4. Kemudian, kacau hingga sebati dan biarkan ia perap selama kira-kira 1 hingga 2 jam.
5. Seterusnya, kukus campuran itu sehingga masak.
6. Setelah sejuk, anda boleh memotong dan menaburkan kelapa parut putih yang telah dicampurkan dengan garam. Siap untuk dinikmati!
Resepi Apam Gula Melaka harus disajikan bersama kelapa parut bagi memberikan rasa lemak masin yang seimbang dengan manisnya apam. Hasilnya yang gebu tentu akan menggoda selera.
Selamat mencuba!
Sumber: Ayuqaseh Ashraf
Baca juga: Resepi Apam Kampung Gula Merah Tanpa Acuan, Naik Gebu Macam Kek Hasilnya!