Siapa pun pasti berasa hampa ketika menggoreng ayam, secara tiba-tiba ayam melekat pada kuali. Sebenarnya, terdapat beberapa petua yang perlu anda terapkan untuk menghindari kejadian ini.
Tanpa mengira usia, ayam goreng menjadi kegemaran ramai. Ditambah dengan nasi putih dan sambal belacan, rasanya sungguh memuaskan.
Salah satu isu biasa yang berlaku di dapur semasa memasak ayam ialah ia kerap melekat pada kuali. Oleh itu, kami ingin berkongsi beberapa petua berguna untuk anda praktikkan di rumah.
Baca juga: Cara ‘Defrost’ Ayam Dalam 5 Minit, Sekejap Je Dah Boleh Guna Untuk Memasak!
5 PETUA GORENG AYAM UNTUK ELAK MELEKAT PADA KUALI

Sumber gambar: Noor Juliana dari Lemon8
1. Sebelum memasukkan ayam ke dalam kuali, pastikan ayam tidak terlalu basah (seusai defrost, anda perlu menapis atau mengelap ayam sehingga kering).
2. Seterusnya, pastikan untuk menunggu hingga minyak panas sebelum anda meletakkan ayam yang telah dikeringkan tadi.
3. Semasa menunggu ayam untuk digoreng hingga garing, anda boleh menambah sedikit garam ke dalam minyak.

Sumber gambar: Noor Juliana dari Lemon8
4. Yang paling utama, pastikan anda menggoreng ayam dengan menggunakan api perlahan atau sederhana agar ayam tidak hangus.
5. Akhir sekali, tunggu sehingga ayam betul-betul masak sebelum membaliknya, dan anda akan mendapati ayam tidak melekat pada kuali lagi.
Setelah mencuba petua goreng ayam ini, jangan lupa untuk berkongsi dengan keluarga dan rakan-rakan yang baru mempelajari memasak. Dengan latihan setiap hari, pasti hasilnya akan memuaskan.
Semoga berfaedah!
Sumber gambar muka depan: Noor Juliana dari Lemon8
Sumber: atylola
Baca juga: Lelaki Ini Berkongsi Petua Goreng Ayam Guna Garam, Sedap Sampai Ke Tulang!