Selepas seharian beraktiviti, pasti lidah teringin mencicip sesuatu yang manis dan menyegarkan. Jika begitu, sediakan saja resepi Puding Roti Karamel ini kerana ia sangat lembut dan manis.
Apabila terhidang Puding Roti Karamel di hadapan, tidak akan ada sesiapa yang sanggup menolaknya. Bukan hanya kanak-kanak, bahkan orang dewasa pun amat menyukainya.
Selalunya ia disediakan dengan susu pekat dan cair, namun kami mendapati resipi Puding Roti Karamel oleh Zainab Zaid di Facebook tanpa menggunakan susu cair. Mari kita cubakan!
Baca juga: Resepi Puding Roti Kastard Bergedik, Nikmatnya Terasa Sampai Ke Tekak
RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
Bahan-bahan:
- 5 biji telur gred A
- 1 cawan susu pekat (tidak kisah jenama)
- 1 cawan air
- 3 keping roti (tidak kisah jenama asalkan roti keping)
- Sekadar esen vanilla
- Sekadar garam
- 4 sudu gula
- Sekadar pewarna kuning
Cara-cara penyediaan:
1. Pertama, kisar telur, susu pekat, air, roti, esen vanilla, garam dan pewarna kuning sehingga gebu.
2. Untuk menyediakan karamel, gunakan 4 sudu gula yang dicairkan dalam loyang.
3. Setelah itu, biarkan karamel itu mengeras dalam loyang sebentar.
4. Kemudian, tuang adunan yang telah dikisar ke dalam loyang berisi karamel.
5. Terakhir, kukus selama 45 minit. Siap untuk dinikmati!
Nampak betapa mudahnya resepi Puding Roti Karamel ini tanpa langkah-langkah yang rumit. Malah, hasilnya yang lembut dan mencair di mulut mampu membangkitkan selera.
Selamat mencuba!
Kredit gambar muka depan: Zainab Zaid, Mizah Ngatiman dari Facebook
Sumber: Zainab Zaid
Baca juga: Resepi Puding Karamel Simple Tanpa Bau Telur, Hasil Selembut Sutera