Ikan Masak Kicap | Untuk mereka yang kurang selera ketika sahur, hakikatnya, anda memerlukan hidangan yang menarik untuk merangsang selera makan. Maka, kami syorkan anda mencuba Ikan Masak Kicap yang mudah ini.
Tambahan pula, setiap orang menyukai resipi yang disediakan dengan cara campak-campak. Tak hairanlah, sajian seperti ini sangat sesuai dengan kehendak dan selera ramai.
Ikan Masak Kicap yang mudah ini dikongsi oleh Zarini Jaafar di Facebook dan proses penyediaannya sangat mudah, hanya dengan cara campak-campak. Jom kita cuba!
Baca juga: Nikmati Ikan Pindang Kedah: Hidangan Sempurna untuk Nasi Panas yang Menggugah Selera!
RESIPI IKAN MASAK KICAP MUDAH
Bahan-bahan:
- Ikan (perap dengan garam dan serbuk kunyit)
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 sudu besar cili boh atau menggunakan yezza
- 1 bawang Holland
- 1 cili besar
- Kicap pekat
- Kicap manis
- Garam
- Air
Cara-cara menyediakan:
1. Pertama sekali, perap ikan tersebut dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng ikan yang telah diperap hingga garing, kemudian ketepikan seketika.
3. Selepas itu, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang dihiris halus sehingga berbau wangi atau sedikit kekuningan.
4. Seterusnya, masukkan 1 sudu besar cili boh dan tumis hingga pecah minyak.
5. Kemudian, tambah air, kicap, sos cili dan garam, lalu masak hingga pekat.
6. Masukkan ikan, bawang Holland yang telah dihiris, buah tomato yang telah dipotong dan cili yang dipotong.
7. Akhir sekali, gaul sehingga kuah meresap ke dalam ikan. Sedia untuk dihidangkan!
Gabungan rasa pedas, manis dan masin yang seimbang pada Ikan Masak Kicap mudah ini boleh membangkitkan selera pada waktu pagi. Lebih lebih lagi, ia dapat menjadi hidangan terbaik untuk sahur yang pertama.
Anda boleh menggunakan pelbagai jenis ikan untuk resipi ini seperti kembung, tenggiri, bawal, cencaru, dan tongkol. Setelah merasainya, pasti anda akan ingin memasaknya lagi di sahur pada hari yang lain.
Selamat mencuba!
Sumber: Zarini Jaafar
Baca juga: Nikmati Ikan Pindang Kedah: Hidangan Sempurna untuk Nasi Panas yang Menggugah Selera!