Resepi kuih bom bijan adalah antara hidangan tradisional yang sentiasa kaya dengan peminat. Dengan kerangupan di bahagian luar, kelembutan di bahagian dalam, dan inti kelapa manis yang harum.
Bagaimanapun, ramai yang mendakwa telah berputus asa untuk mencubanya sendiri di rumah disebabkan risiko kuih ini mudah meletup atau pecah ketika menggoreng.
Hakikatnya, terdapat beberapa teknik dan petua mudah yang boleh diikuti untuk mendapatkan kuih bom bijan yang berbentuk bulat sempurna, tidak meletup dan masak dengan sekata.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi panduan langkah demi langkah untuk penyediaan kuih bom bijan, termasuk petua-petua penting yang sangat berguna untuk memastikan kuih tidak pecah semasa proses memasak. Mari kita teliti rahsianya!
Baca juga: Cara Mudah Buat Kuih Badak Berendam, Lembut & Manis Berlemak!
RESEPI KUIH BOM BIJAN
Bahan-bahan untuk kulit:
Cara untuk membuat kulit:
- Gabungkan tepung pulut, tepung gandum, dan garam. Gaul sehingga rata.
- Tuang air perlahan-lahan dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan atau bekas.
- Sebelum mula menguli untuk memasukkan inti, pastikan tangan diliputi dengan sedikit minyak bagi mencegah doh daripada melekat.
- Ambil doh, masukkan inti kelapa, bulatkan dan golek dalam bijan hingga rata.
Bahan untuk inti:
- Kelapa parut
- Gula merah
- Gula pasir
- Secubit garam
- Sedikit air
- Sedikit tepung gandum
Cara untuk membuat inti:
- Masukkan sedikit air dalam kuali, kemudian tambahkan gula merah, gula pasir, dan garam.
- Kacau sehingga gula larut. Tambahkan kelapa parut dan masak hingga kelapa bertukar warna menjadi sedikit gelap.
- Taburkan 1 sudu besar tepung gandum dan kacau hingga rata. Setelah itu, matikan api.
Cara membentuk dan menyediakannya:
- Ambil adunan kulit dan bulatkan bersama inti kelapa.
- Golekkan bom dalam bijan hingga rata.
- Setelah selesai, simpan dalam peti ais seketika, biasanya sekitar 1 jam. Jika lebih lama, tiada masalah, malah ini boleh membantu mengelakkan kuih meletup semasa digoreng.
Cara menggoreng:
- Panaskan minyak dengan api sederhana besar.
- Apabila minyak sudah cukup panas, masukkan kuih bom dan kecilkan api.
- Pastikan minyak tidak terlalu panas sebelum memasukkan bom ke dalamnya.
- Biarkan kuih mengembang dan bertukar warna. Kacau kuih hingga masak dan keemasan.
Tips agar kuih tidak pecah: Sentiasa kacau kuih ketika menggoreng untuk memastikan ia masak dengan sekata dan tidak pecah.
Sumber: Zuhaidar Mohd Sofi
Baca juga: Resipi Kuih Sagu Pandan, Kukus Macam Ini Memang Lembut dan Cantik