Jagung rebus merupakan salah satu snek pilihan ramai. Ia mudah untuk disiapkan, mengenyangkan, dan sangat sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Namun, untuk meraih jagung yang lembut, manis, dan mempunyai aroma semula jadi, teknik merebus yang tepat adalah kunci.
Ramai yang tidak menyedari bahawa jagung boleh menjadi keras dan kurang manis sekiranya garam ditambahkan terlalu awal ke dalam air rebusan. Walaupun kelihatan seperti langkah kecil, sebenarnya, waktu menambahkan bahan seperti gula dan garam amat mempengaruhi rasa dan tekstur jagung.
Dengan kaedah dan urutan yang tepat, jagung boleh kekal lembut, tidak kecut, serta mempunyai rasa manis semula jadi tanpa tambahan perisa lain. Teknik ini hanya memerlukan bahan asas yang sangat mudah!
Baca juga: Petua Kacang Tanah Yang Rangup & Wangi, Rupanya Kena Goreng Ikut Cara Ini!
TIPS JAGUNG REBUS SUPAYA LEMBUT, TAK KECUT & WANGI SEMULA JADI
Ikuti langkah-langkah mudah untuk merebus jagung dengan cara yang betul, dilengkapi dengan tips agar hasilnya masak dengan sempurna, tidak lembik dan lembut:
- Panaskan air sehingga mendidih terlebih dahulu.
- Buang kulit jagung, tetapi tinggalkan satu lapisan kulit paling dalam untuk menjaga kelembapan. ‘Janggut jagung’ juga biarkan begitu sahaja.
- Setelah air mendidih, masukkan gula ke dalam air rebusan.
- Seterusnya, masukkan jagung ke dalam air panas tersebut.
- Tutup periuk dan pastikan api masih kekal seperti semasa air mula mendidih.
- Setelah jagung masak, larutkan garam di dalam air rebusan.
- Tutup periuk sekali lagi selama 1 minit.
- Angkat jagung dan sedia untuk dimakan!
Sumber: Ashraf Shuib
Baca juga: Petua Cuci Kerak Kuali Yang Tebal, Hasilnya Berkilat Macam Baru!