Generasi dahulu gemar memasak menggunakan bunga kantan kerana manfaat serta harumnya dalam masakan. Namun, tidak ramai yang memahami teknik menyimpan bunga kantan dengan betul.
Selain digunakan dalam masakan, bunga kantan yang dikenali dengan nama bunga torch ginger juga mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan dalam perubatan tradisional.
Seorang pengguna di Facebook yang mesra disapa Fy telah berkongsi kaedah penyimpanan bunga kantan yang masih segar walaupun selepas 6 bulan. Mari kita lihat!
Baca juga: Bekas Kuih Raya Jangan Buang, Boleh Guna Untuk Simpan Sayur Agar Tahan Lama
LANGKAH MENYIMPAN BUNGA KANTAN
1. Pertama sekali, bersihkan bunga kantan dengan sebersihnya.
2. Selepas itu, potong bunga kantan mengikut ukuran yang diingini.
3. Kemudian, masukkan ke dalam beg plastik atau bekas kedap udara yang sesuai dengan ukuran bunga kantan tersebut.
4. Seterusnya, tuang air masak ke dalam beg atau bekas yang telah berisi bunga kantan tersebut.
5. Akhir sekali, simpan bekas di dalam peti sejuk pada bahagian beku. Siap!
Kami sarankan agar anda menyimpan bunga kantan dalam bekas untuk sekali masak supaya proses memasak menjadi lebih praktikal. Anda juga boleh menggunakan bunga kantan ketika ia beku atau mencairkannya terlebih dahulu.
Setelah anda mencuba teknik menyimpan bunga kantan ini, anda akan terkejut dengan hasilnya. Meski telah disimpan lama, ia tetap cantik, segar dan bebas dari bintik hitam.
Petua ini sangat bermanfaat bagi anda yang gemar memasak dengan menggunakan bunga kantan di rumah. Dengan cara ini, anda tidak perlu keluar rumah berkali-kali untuk membelinya lagi.
Diharapkan ia bermanfaat!
Sumber: Dunia Hanya Sementara Fy
Baca juga: Wanita Kongsikan Cara Simpan Beras Selama 2 Tahun, Kutu Beras Pun Tak Berani Menaungi!