Setiap hidangan memiliki trik tertentu agar ia menjadi lebih nikmat daripada biasa. Begitu juga dengan tips Nasi Ayam sedap ini, hasilnya membuatkan anda teringin untuk menikmatinya lagi hingga ke esok hari.
Nasi Ayam terkenal di Malaysia, Singapura dan beberapa negara lain di Asia Tenggara. Terdapat pelbagai variasi nasi ayam seperti nasi ayam biasa, nasi ayam madu, nasi ayam kukus, nasi ayam hainan dan banyak lagi.
Lebih dari sekadar enak, Nasi Ayam juga adalah seimbang dari segi gizi dengan mengandungi karbohidrat, protein dan sedikit sayuran. Ia boleh dinikmati pada bila-bila masa, baik siang mahupun malam.
Sebenarnya, ada beberapa trik yang anda harus aplikasikan semasa memasak Nasi Ayam agar hasilnya lebih sedap dan beraroma. Mari kita lihat tips-tipsnya!
Baca juga: Lelaki Kongsi Tips Masak Lemak Cili Api Yang ‘Power’, Sedapnya Boleh Pergi Jauh!
TIPS NASI AYAM SEDAP

Kredit gambar: Facebook Nurul Siti Hawa
1. Jangan buang lemak dan kulit ayam. Bersihkan dengan baik dan goreng sedikit bersama marjerin (setengah sudu). Goreng hingga terhasil minyak daripada lemak dan kulit ayam tersebut.
2. Gunakan minyak goreng tersebut untuk menumis bawang, halia, rempah dan kunyit sehingga layu di dalam kuali sebagai persediaan memasak nasi ayam.
3. Setelah semua bahan ditumis hingga layu, masukkan beras dan kacau sebati. Seterusnya, tambahkan sedikit kiub ayam dan garam untuk melengkapkan rasa.
4. Beras tersebut dipindahkan ke dalam periuk nasi (kerana telah ditumis dalam kuali sebelumnya) dan tambahkan air rebusan ayam. Beras kini bersedia untuk ditanak.
5. Dengan simpulan daun pandan dan bahan tumisan, aroma nasi ayam yang sedang ditanak akan menggugah selera setiap anggota keluarga di rumah.

Kredit gambar: Facebook Muliadi Ramli
Kami percaya tips Nasi Ayam sedap ini akan bermanfaat ketika anda memasak di rumah untuk insan tersayang. Malah, satu rumah mungkin dapat menikmati aromanya.
Semoga memberi manfaat!
Kredit gambar muka depan: Facebook Muliadi Ramli, Nurul Siti Hawa
Sumber: Teratak Hijab Labuh
Baca juga: Wanita Ini Dapat Tips Masak Lauk Sambal Daripada Ibunya, Rasa Macam ‘Next Level’!