Mahu menyediakan hidangan lauk berkuah, tetapi pes tiada di rumah. Jangan bimbang, anda boleh mencuba cara membuat Tomyam Putih yang mudah tanpa menggunakan pes.
Tomyam Putih merupakan sup yang berasaskan masakan Thai yang terkenal, tetapi berbeza daripada tomyam biasa kerana penampilannya yang jernih atau berwarna putih.
Salah satu sebab mengapa Tomyam Putih menjadi pilihan ramai di restoran Thai adalah kerana rasanya yang masam, pedas dan sangat wangi.
Syima Sani telah berkongsi cara penyediaan Tomyam Putih di Facebook, diajar oleh jirannya tanpa memerlukan pes atau kiub. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Pes Tomyam Homemade, Pekat Dan ‘Kaw’ Seperti Di Kedai Thai
CARA MEMBUAT TOMYAM PUTIH
Bahan-bahan:
- 1½ liter air
- 5 ulas bawang putih (ketuk)
- 2 batang serai (ketuk)
- 1 biji tomato (cincang)
- 3 keping asam keping
- Lengkuas
- 1 mangkuk ayam atau makanan laut
- 3 helai daun limau purut (koyak-koyakkan)
- 5 biji cili api (belah dua)
- 1 labu bawang besar (belah enam)
- 1 sudu teh gula
- 1½ sudu teh garam (sesuaikan dengan selera)
- 1 sudu teh jus limau
Bahan-bahan sayur (potong mengikut pilihan):
- Lobak merah
- Putik jagung
- Tomato
- Kubis
Cara-cara memasak:
1. Pertama, didihkan air bersama bawang putih, serai, tomato, asam keping dan lengkuas.
2. Kemudian, masukkan ayam sehingga masak.
3. Seterusnya, masukkan sayur-sayuran, cili dan bawang.
4. Masak untuk seketika sebelum tutup api.
5. Akhir sekali, tambahkan gula, garam, daun limau purut dan jus limau (sesuaikan rasa). Siap untuk disajikan!
Walaupun tiada pes di rumah, anda tetap boleh memasak hidangan lauk berkuah dengan cara membuat Tomyam Putih yang begitu mudah. Sekali rasa, pasti anda ingin membuatnya lagi nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Syima Sani
Baca juga: Cara Masak Tomyam Campur Pekat Likat, Sampai Hirup Kuah Berkali-Kali