“Cheesy Delight: The Easiest and Most Delicious Spaghetti Aglio Olio Recipe!”


spaghetti aglio

Jika anda seorang pencinta pasta yang sederhana tetapi penuh dengan rasa, spaghetti aglio olio cheese ini adalah hidangan yang wajib dicuba! Resipi ini terinspirasi dari sajian tradisional Itali, Aglio e Olio, yang bermaksud bawang putih dan minyak zaitun.

Kali ini, kita mencipta kelainan dengan tambahan hasil laut segar seperti sotong dan udang, disertakan dengan taburan keju parmesan yang kaya dan beraroma.

Jika anda peminat masakan berasaskan makanan laut dan keju, gabungan ini pasti akan mencuri perhatian anda. Dengan bahan-bahan asas, anda boleh membuat sajian ala restoran dalam masa kurang daripada 30 minit!

Baca juga: Jom Cuba Resipi Pesto Pasta Yang Pasti Menggoda Selera, Rasa Unik Berbeza!

RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO CHEESE

spaghetti aglio

Bahan-bahan:

  • Spageti (direbus dan ditos)
  • 1-2 sudu besar minyak zaitun
  • 1-2 sudu besar mentega
  • Sotong (dibersihkan dan dipotong)
  • Udang (dibersihkan dan dikupas)
  • 3–4 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 1–2 tangkai cili merah (dihiris halus)
  • Ceri tomato (dibelah dua)
  • Cendawan (dihiris)
  • Air sotong (diperoleh semasa menumis sotong)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk cili (chilli flakes) guna secukupnya
  • Pasta parsley kering (untuk hiasan)
  • Keju parmesan (parut)

Cara memasak:

  1. Panaskan kuali kosong dan masukkan sotong, biarkan ia mengeluarkan air. Alihkan sotong dan simpan air sotong untuk kegunaan kemudian.
  2. Dalam kuali yang sama, cairkan mentega dan goreng udang hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan minyak zaitun, kemudian tumis bawang putih dan cili merah hingga harum. Boleh juga menambah ceri tomato dan cendawan jika mahu.
  4. Masukkan spageti yang telah direbus dan tuangkan air sotong yang disimpan ke dalam kuali.
  5. Tambahkan garam, serbuk cili (chilli flakes), serta sotong dan udang yang telah dimasak sebelumnya.
  6. Gaul semua bahan dengan api perlahan sehingga sebatian dan masak dengan sempurna.
  7. Matikan api, kemudian taburkan parsley kering dan keju Parmesan di atasnya sebelum dihidangkan.

Sumber: Nur Fazrina

Baca juga: Pasta Goreng Tom Yam, Setiap Suapan Pasti Nak Makan Lagi!



Source link

Scroll to Top