Ikan Bawal Rangup dengan Sambal Kicap: Paduan Rasa yang Menggoda!


ikan bawal goreng

Ikan bawal goreng yang rangup tak pernah menghampakan. Resipi yang mudah namun dapat membangkitkan selera, terutamanya apabila dinikmati panas-panas bersama nasi putih dan sambal kicap pedas.

Antara keunikan ikan bawal adalah dagingnya yang lembut dan tulangnya yang tidak terlalu halus, menjadikannya pilihan ideal untuk goreng rangup.

Resipi ini juga amat cocok untuk mereka yang kekurangan waktu, tetapi tetap mahu menyediakan hidangan yang lazat dan memuaskan. Tiada bahan kompleks atau teknik memasak yang rumit diperlukan.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi langkah demi langkah untuk mencipta ikan bawal goreng yang garing, serta sambal kicap pedas manis sebagai pelengkap rasa. Mari kita lihat resipinya di bawah!

Baca juga: Resipi Masak Lemak Nanas Ikan Masin ‘Padu’, Makan Sampai Boleh Lupa Dunia!

Resepi Ikan Bawal Goreng Garing

ikan bawal goreng

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan bawal (saiz besar)
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam mengikut rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Kelar ikan terlebih dulu supaya mudah dimasak dan lebih garing hingga ke tulang.
  2. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit.
  3. Kemudian, taburkan garam mengikut rasa.
  4. Seterusnya, lapiskan tepung beras ke atas ikan.
  5. Panaskan minyak dalam kuali.
  6. Goreng ikan hingga garing. Balikkan agar masak sekata.
  7. Angkat dan ketepikan ikan.
  8. Goreng bawang merah dan bawang putih hingga rangup.
  9. Taburkan bawang goreng di atas ikan sebagai hiasan dan penambah rasa.

Resipi Cabai Kicap (Sambal Kicap)

Bahan-bahan:

  • 3 biji cili padi merah
  • 5 biji cili padi hijau
  • ½ biji bawang merah
  • 2 sudu besar air limau nipis
  • 5 sudu besar kicap manis

Cara-cara:

  1. Hiris bawang merah dengan nipis.
  2. Potong cili padi merah dan hijau mengikut selera.
  3. Gabungkan semua bahan ke dalam mangkuk.
  4. Tuangkan air perahan limau dan kicap.
  5. Gaul rata sehingga semua bahan sebati.
  6. Siap untuk dicicah bersama ikan bawal goreng tadi!

Sumber: Facebook

Baca juga: Resipi Ikan Keli Berlada Padu, Ikuti Cara Ini Tanpa Meletup-Letup Ketika Menggoreng!



Source link

Scroll to Top