Apam Tokyo Gebu & Manis: Resipi Lezat yang Membawa Suasana Pasar Malam ke Dapur Anda!


apam tokyo

Apam tokyo, yang lebih dikenali sebagai apam manja, merupakan makanan tradisional yang lembut, gebu dan manis. Sesuai dinikmati sebagai snek pada waktu pagi atau petang, kuih ini sangat disukai ramai kerana rasanya yang enak dan teksturnya yang ringan.

Walaupun kelihatan rumit, pembuatan kuih ini sebenarnya sangat mudah dilakukan di rumah dengan bahan-bahan asas yang mudah didapati. Jadi, marilah kami kongsikan resipi mudah untuk mencipta apam tokyo yang gebu dan sedap.

Baca juga: Rahsia Kuih Bom Bijan Yang Bulat Menarik, Terdapat Tip Untuk Elak Pecah Ketika Menggoreng

RESIPI APAM TOKYO

apam tokyo

Bahan-bahan untuk lapisan:

  • 1 cawan tepung gandum + ½ sudu teh baking powder (diayak bersama)
  • 1 biji telur
  • ¼ cawan gula
  • ½ cawan susu segar
  • ½ cawan air
  • 1 sudu makan marjerin (cairkan)
  • Secubit garam

Bahan-bahan untuk isian:

  • ½ cawan gula
  • ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung kastard
  • ½ cawan air pati pandan
  • 1 cawan santan
  • Secubit garam

Langkah-langkah:

  1. Untuk membuat isian kastard pandan, campurkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali.
  2. Seterusnya, masak dengan api sederhana hingga pekat. Matikan api dan biarkan isian sejuk.
  3. Untuk menyediakan lapisan apam, kocok telur dan gula hingga kembang.
  4. Tambahkan bahan-bahan lain dan kacau lagi hingga rata.
  5. Sendukkan adunan ke atas kuali non stick dan masukkan isian secukupnya. (Saya gunakan piping bag kerana lebih mudah untuk menyodok isian).
  6. Lipat apam dan kepitkan. Ulang langkah yang sama hingga semua bahan habis.

Sumber: Azizah Mansor Shaipol Hanizam

Baca juga: Kek Kukus Coklat Dengan Sukatan Cawan, Apabila Dihidang Rasa Gebu Dan Meleleh Di Mulut



Sumber pautan

Scroll to Top