Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberi arahan kepada para pengimport untuk menarik balik beberapa produk makanan dari Indonesia yang ditemui mengandungi DNA babi (porcine) dari pasaran Malaysia.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajudin Suhaimee menyatakan bahawa sebagai langkah keselamatan, pihaknya telah memulakan pemantauan segera bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Pemeriksaan menyeluruh akan dilaksanakan sekiranya produk-produk tersebut ditemui di pasaran tempatan.
Menurut beliau, JAKIM serius mengenai pernyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) dan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Republik Indonesia mengenai isu ini.
Baca juga: 3 Jenis Pokok Kari Di Malaysia, Jangan Main Petik Nanti Masakan Kurang ‘Wangi’!
SENARAI PRODUK MAKANAN INDONESIA YANG DIKESAN MENGANDUNGI DNA BABI
Berdasarkan data rasmi dari BPJPH, sebanyak 11 ‘batch’ dari 9 produk makanan telah disahkan mengandungi DNA babi selepas dilakukan ujian makmal.
Daripada jumlah tersebut, 9 ‘batch’ melibatkan produk yang mempunyai sijil halal, manakala 2 ‘batch’ lagi tidak mengandungi sijil halal.
Susulan ini, JAKIM menggesa orang ramai untuk lebih peka dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika terlihat produk-produk tersebut di pasaran. Sebarang maklumat atau aduan boleh dihantar melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM.
Sumber: Kosmo
Baca juga: Nama Lain Untuk GULA Yang Ramai Tak Tahu, Jangan Tertipu Dengan Label ‘Free Sugar’