Pizza adalah salah satu santapan yang paling enak untuk dihidangkan dalam sebarang majlis. Untuk pengetahuan anda, terdapat resepi Pizza mudah yang sangat praktikal menggunakan roti.
Santapan yang berasal dari Itali ini sangat terkenal di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Seperti yang kita tahu, baik dewasa maupun kanak-kanak, hampir semua orang menggemari Pizza.
Bagi yang ingin membuat Pizza di rumah, tidak perlu risau tentang doh. Semudah hanya menggunakan roti Gardenia, pasti hasilnya memuaskan dengan resepi Pizza mudah oleh Najihah Ismail di Facebook. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Doh Pizza Frozen Dalam 3 Langkah, Boleh Guna Bila-Bila Masa!
RESEPI PIZZA MUDAH
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Pertama, koyak roti dan letakkan kepingan keju ke dalam loyang.
2. Setiap kepingan keju boleh diletakkan sebanyak yang disukai.
3. Selepas itu, masukkan campuran telur dan susu dan tambahkan sedikit herba campuran.
4. Seterusnya, letakkan topping kegemaran (daging kisar, crabstick, sosej, bawang holland, tomato, dan lain-lain).
5. Kemudian, taburkan keju mozzarella di bahagian atas sekali.
6. Akhir sekali, bakar dalam oven selama 5 hingga 8 minit pada suhu 150ºC dengan menggunakan api atas bawah. Setelah itu, potong dan sedia untuk dinikmati!
Anda juga boleh membakar lebih lama jika inginkan adunan yang lebih garing saat menyediakan resepi Pizza mudah ini di rumah. Selepas menikmatinya, anda akan merasakan keenakan seperti menikmatinya di restoran.
Selamat mencuba!
Sumber: Najihah Ismail
Baca juga: Panduan Buat Pizza Dari Roti Tawar Tanpa Oven, Boleh Masak Guna Kuali Sahaja!