Kebiasaannya, orang akan memilih tepung gandum untuk mengolah Jemput Jemput Pisang. Namun, siapa sangka, kita juga dapat menggunakan tepung beras untuk penyediaannya.
Apabila ditanya mengenai kuih goreng yang enak, pasti ramai akan menyebut Jemput Jemput Pisang. Tidak hairanlah, makanan tradisional ini telah menjadi terkenal di Malaysia sejak zaman dahulu.
Membuat kuih goreng ini tidaklah sukar, cukup dengan adanya tepung dan pisang. Anda juga boleh menyajikannya dalam bentuk bebola.
Alya Normah telah berkongsi cara membuat Jemput Jemput Pisang di Facebook, menarik perhatian ramai kerana ia menggunakan tepung beras. Ayuh kita cuba!
Baca juga: Cara Menggoreng Pisang Agar Banyak Kerak, Rangup Bertahan Berjam-jam!
RESIPI JEMPUT JEMPUT PISANG
Bahan-bahan:
- Pisang (apa jua jenis, asalkan masak ranum)
- Tepung beras
- Minyak masak (untuk menggoreng)
Cara-cara penyediaan:
1. Pertama, lenyekkan pisang sehingga hancur dan lembut dalam bekas.
2. Kemudian, masukkan tepung beras, memastikan jumlah tepung beras tidak melebihi pisang.
3. Seterusnya, kacau hingga sebati dan pastikan adunan tidak terlalu cair atau keras (tidak perlu menambah air).
4. Panaskan minyak dan mula menggoreng. Pastikan api tidak terlalu kecil atau besar.
5. Akhir sekali, angkat dan toskan. Sedia untuk dinikmati!
Tiada serbuk penaik, gula, atau garam digunakan dalam resipi ini, menjadikannya lebih asli. Dengan aroma pisang yang menyelerakan, pasti selera terpikat.
Selamat mencuba!
Sumber: Alya Normah
Baca juga: Nak Resipi Cekodok Pisang Tanpa Gagal, Pilih Pisang Jenis ‘Ini’